
Tahun lepas, ada satu posting aku mengenai hamba Allah yang dok kena hentam yakni pengasas MADAD, Kebetulan aku dok selak pesbuk melayan newsfeed macam biasa sampai la aku ternampak berita ni, Tangan dah terketaq², hati jadi panas dan dok rasa terbakaq gila² dah.Bukan sebab aku marahkan ustaz yang dah kena 'pegang' tu, Tapi kemarahan aku tertumpu pada manusia² dungu yang sanggup buat onar demi jatuhkan MADAD tu dah berjaya! Kuasa viral yang mampu 'bunuh' imej seseorang or mana² manusia.Dah sampai bergari dah ustaz tu, Allahul mustaan.Aku terduduk, berkerut dahi.Dah tak tau nak cakap apa but dalam hati dah terbakaq, lisan mula nak maki.Akhirnya berjaya jugak puak 'setan' ni jatuhkan pendakwah agama dan buat dia merengkok.Kalau nak ikutkan, ada lagi pendakwah lain yang tak terlepas kena fitnah² macam ni sebelum ni.Pattern dia sama, Seleweng duit, Skandal seks, Sesat malah ada pendakwah² yang dah kena penjara.Allah, ini la dia, Apa yang Nabi ﷺ sebut dulu.Seriously man, aku tak tau nak cakap apa.Just jadi kaku, kelu dan terdiam.Kepala dah berpusing punya dok kesal sebab kebodohan manusia yang telan bulat² apa yang depa dok jamu tiap hari dalam internet.Pantang ada 'cerita' sensasi, terus jadi lubuk share sana, share sini.Manusia yang lain baca then terus letak hukum.Komen dari rata² manusia yang kebanyakkan dari bangsa aku sendiri yakni melayu punya la toxic, penuh dengan kejian, cacian apa lagi kata² sinis dalam bentuk sindiran.

lain demi meraih likes dan 'engagement' tinggi, ada jugak yang buat content bodoh apa lagi content yang menghina agama! We're talking about money here not the content itself! Zaman ni, kalau ang pos sikit pasai agama macam hadis or sepotong ayat suci Al Qur'an, Itu dah tak releven! Bilangan yang suka dengan posting² agama ni cukup jauh beza dengan posting yang merapu.Ada jugak yang jenis 'burn' bila nampak posting hadis or Qur'an, terus shoot 'Penunggang' siap buat statement yang mana dok pos hal agama tu tak boleh dipercayai.Allah..Allah..Allah..Dah la pakai tudung, boleh pulak cakap macam tu? Jadi golongan ulama² yang dalam facebook tu semua dok pos hal agama dan buat live kuliah pun kira tak boleh percaya jugak la? Fahaman apa ni? Depa ni semua mungkin dok sedap lena lagi kot.Barangkali masih tak nampak permainan halus golongan kufar yang nak bagi islam ni lemah kaw².Depa akan buat ulama² ni 'lenyap' dulu, which is kita takkan ada 'rujukan' lagi dalam sejarah agama, bab agama, adab apa lagi hadis.Kita akan jadi dungu serupa lembu.Nak cakap bab adab? Sekarang ni pun dah boleh tengok dah kot macamana orang² islam hari ni.Dengki sesama sendiri, masing² tak mau kalah dan nak tunjuk sapa jaguh.Aku kata kat ang, ang kata kat aku.Maki sana, maki sini tanpa ada rasa malu! Sanggup buat apa saja dalam menjatuhkan seseorang tu macam contoh kes MADAD ni.Sebut pulak hal politik, lagi berguni kata² yang cukup menyakitkan hati dan mata bila baca.Paling keji, menyantau dan guna khidmat musuh Allah.Aduhai bangsa aku dah semakin mereput dan menuju kearah kebodohan!! Disuap media benda² yang tak masuk akai pun orang boleh percaya? Itu la cara puak kufar nak jatuhkan islam ni, tersangatlah mudah.Lepas dah senyapkan para ulama² yang dok ada, baru la depa bertindak guna media.Hari² dijamah berita yang takdak asal usul, dok kena suap macam tu ja dan kita telan bulat², End up sapa yang bodo lani? Allah dah habaq kat semua hamba DIA:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
-Al Hujuraat, Ayat 6
Dah jelas, but kalau ayat ni pun depa hentam kata aku penunggang, aku tak boleh nak kata apa.Aku serah pada Allah tapi ingat, JANGAN SESEKALI UNDANG KEMURKAAN DIA, Teruk kita semua nanti.Last thing before aku end my writings, Aku nak ingatkan yang cukuplah dengan kejadian 9/11 dan palestin sebagai 'cermin' umat hari ni.Pada yang rasa dia berotak dan waras, fikirkanlah.