Dah bulan disember, pejam celik tahun 2025 dah sampai hujung.Boleh
kata, tahun 2025 ni cukup banyak bala yang dok jadi.2026?
Wallahu'alam.Aku tak tau nak kata apa, nak cakap apa but bila renung
balik dengan apa yang dok jadi dalam dunia hari ni, huru hara sini sana,
memang takkan abeh sampai hari kiamat.Terlalu banyak sangat dah
penindasan, kezaliman, kekejaman dan segala benda yang negatif.Benda
gila² dah jadi, makin rakus, kejam sampai dah tak kenai erti
kemanusiaan.Manusia zaman ni dah tak kira apa dah, serupa kena sampuk
bapak segala setan bila nak buat sesuatu tu dah tak pikiaq mana elok,
mana tak elok.Kira hentam saja, janji dapat! Kalau nak
cakap pasai bangsa aku sendiri, bani melayu? Boleh kata lani dah serupa
tak macam orang islam dah.Dalam media sosial seolah medan perang bila
nak berhujah.Dok lawan kata, nak buktikan sapa lebih bijak dan pandai
dalam fakta masing².Kalau cakap tak kena sikit, gerenti dapat maki.Aku
pun tak paham la, abeh jahanam anak² melayu.Bila kata jahil, marah
pulak.Diri sendiri yang dok tunjuk kebodohan tu dah kenapa? Tak boleh
ditegoq langsung.Mesti dia nak kata kat kita balik kot mana pun, nak
jugak tunjuk kata dia ni serba tau segala macam benda.Susah sangat ka
nak diam? Nabi suh berkata baik atau diam itu pun payah dah umat lani
nak follow.Tau ka esok² ni jari yang dok taip tiap ayat tu nak menjawab
depan DIA kelak? Aduhai umat.Bagi aku, lani punya manusia memang dah
lain macam sangat sampai aku sendiri pun gelisah tengok, apa lagi bila
tengok bangsa dan umat Muhammad yang makin hari makin lingkup dan
tenat.Apa aku boleh buat? Bila kata, depa hentak balik.Nasihat pun, kita
kena hentam jugak.Dunia hari ni dah melahirkan generasi yang semakin
tak guna! Bab adab dengan akhlak? Tak payah cakap.Kalau nak jumpa yang
elok, memang RARE! Yang ada agama? Susah jumpa dah.Yang melingkup, yang
dok ikut trend orang² kapiaq, haa jenis ni banyak la.Ada satu petikan
hadis dari junjungan mulia Nabi SAW:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لاَ
تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ العِلْمُ، وَتَكْثُرَ الزَّلاَزِلُ،
وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، وَتَظْهَرَ الفِتَنُ، وَيَكْثُرَ الهَرْجُ
Maksudnya:
“Tidak akan berlakunya Kiamat sehingga diangkat ilmu, banyaknya berlaku
gempa, masa berlalu dengan pantas, terzahirnya fitnah-fitnah dan
banyaknya pembunuhan.”
Riwayat al-Bukhari- 1036
Lani,
dah boleh aih tengok benda² 'gila' macam Nabi kata.Berita hari² pun
kalau diselak, kes bunuh memang dah champion.Tiap hari ada, gerenti ada!
Kejahilan makin banyak, ilmu agama yang dok ajaq adab dan akhlak dah
makin susah nak dengaq apa lagi nak jumpa manusia yang low profile dan
humble terang².Saki baki ulama makin berkurang bila DIA dah amek balik
sikit demi sikit.Gempa? Ini dah sangat kerap.Masa dah makin
cepat? Aku tak nafikan so yes, memang cepat gila masa berlalu.Bila
bercakap bab kiamat ni, memang ada yang dok menafikan dan paling sedih
orang² islam sendiri dok buat main benda ni.Dok ejek, konon sembang nak
kiamat tapi tak kiamat pun.Berani sungguh la depa ni.Takdak rasa takut
langsung! Allah ada sebut dalam Qur'an, bila mai kiamat mulut² depa ni
akan terlopong.Sapa 'depa' yang Allah sebut tu? Ada rezeki, kalau DIA
nak bagi kita tengok, maka kita dapat la tengok sapa dia.Bila Allah
sebut 'fasik' tu, tak semestinya orang² kafir semuanya bro.Pandai² la
kita, sendiri dan masing² ada akai boleh pikiaq.