About Me

Anak #3 Dari 8 Orang Adik Beradik, Keluaq dari perut mak aku tahun 1982 bulan ogos kat hospital besaq Pulau Pinang.Pendidikan dan pencapaian dalam sekolah rendah dan menengah? kalau sekolah rendah hanya ada UPSR ja, Sekolah menengah tarak.Jodoh tak panjang dengan sekolah.Apa aku buat bila dah tak sekolah? Mula keja seawai umoq aku 13 - 14 tahun sebagai nelayan waktu malam dan waktu siang pulak sebagai pembantu warung gerai makan tepi jalan.Kiranya aku buat dua keja masa tu.Bila usia dah meningkat remaja, Aku mula luaskan pengalaman keja kat hotel dan ni bidang yang paling lama aku stay ada dekat 20 tahun jugak.Bukan satu hotel ja aku stay, Kira lompat² la sebab hotel ni dia beza banyak.Ada rating tersendiri, Ada dua bintang dan ada yang lima bintang tapi ikut pada kualiti dan servis dalam hotel tu dan benda ni adalah alasan aku lompat² keja kat hotel lain untuk cari pengalaman.Kenapa aku boleh stay lama dalam bidang perhotelan ni? Sebab aku keja sambil belajaq berinteraksi dengan orang luaq.Pengalaman keja yang lain? Ada jugak.Electrical engineer, Security Enforcer, Sales Coordinator, F&B dan ada la keja lain yang aku pun dah tak ingat.Kalau ditanya pasaipa tak tetap dengan satu keja ja? Entah, Aku suka cari pengalaman, Nak belajaq lagipun ada sebab lain yang malaih aku nak cerita.So kat bawah ni aku ringkaskan sikit pasai aku:
  • Suka melukih.
  • Suka pomen benda² elektrik.
  • Suka dok sorang² dan pikiaq.
  • Suka dengan kucing.
  • Suka habehkan masa dengan komputer.
  • Cukup benci dengan hipokrit dan pengkritik. (Mulut Banyak)
  • Seorang ulat buku dan kaki gaming.
  • Minat seni grafik.
  • Chain Smoker But NEVER Do Alcohol.