Kerinduan Yang Terlarang

Nak kata rindu tu ada tapi dah FORBIDDEN, Pasai? Sebab masing² kami dah bernikah.Dia dah ada husband dan aku dah ada wife.That's it, Full stop.There is no way that we could be together again.Itu memang tidak akan berlaku.Masing² dah ada life, But hari ni tak tau la pasaipa aku dok teringat balik semua kenangan saat dengan minah ni, Terkenang waktu dengan dia.Memang indah² belaka, Terasa macam nak patah balik ke masa tu dan nak stay dgn dia sampai habis nyawa.Apa daya, Takdir dah tentukan aku dan dia berpisah hanya asbab berlainan agama dan dapat tentangan dari appak dia.Prashieona Segaran, Nama seorang gadis india yang berkulit cerah.Perkenalan masa pertengahan tahun 2009 kalau tak salah aku, Dan waktu tu aku masih lagi dok keja kat Oriental Hotel.Yang uniknya, Ada satu kisah yang lawak jugak la macamana kami ni boleh jadi lovely couple.Ceritanya sebab aku kerap sangat terserempak dengan minah ni dalam lif, By the way dia hotel guest yang stay kat situ.Lama jugak dia stay.Ceritanya, Dia punya dressing tu ja yang buat aku jadi tak senang sebab seksi sangat.Bila nampak ja muka dia dalam lif, Aku nanti pusing badan sebab aku tak mau nak hadap dia, Tau saja la mata jantan aku ni satgi terbeliak punya dok tengok atas bawah bagai.Dah la minah ni pakai pun tak cukup kain, Buat aku gelabah dan tak berapa nak selesa.Boleh ja nak elak dengan tunggu lif lain, Masalahnya aku masa tu on duty, Kena la professional.Dia pulak guest, Aku tak mau la satgi kot la kawan komplen kat management kata aku ni rude apa bana, Tak ka benda nanti panjang cerita? Tak pasai ja aku kena naik opis menjawab.Lagipun aku bukan nak tunjuk baik bagai, Manusia semua bernafsu but aku ni bukan suka sangat tengok orang lama², Cek malu.Melainkan kalau benda dah tak boleh nak elak itu lain cerita la haha! Tengok tu, Tengok la jugak tapi takdak la sampai nak terkeluaq bijik mata.But seriously aku memang tak boleh, So tiap kali nampak ja dia dalam lif, Aku nanti buat muka toya dan pusing badan.Kerap jugak terjerembab dengan minah ni dalam lif kat tempat kerja, Asal nampak ja masuk lif dan pusing badan.Kerap sangat nampak dia naik turun lif time aku time syif petang.Kalau time aku syif pagi tu tak nampak la sangat, Which aku rasa dia active waktu petang dan malam ja kot.Sampai la satu masa tu kami terserempak lagi dalam lif, Dari situ la dia mula tegoq aku sebab dia perasan, Kenapa aku nampak dia dan aku pusing badan? So dia tegoq la.

"So this is the way you greet a guest by turning your back ah?"

Aku mula dah telan lioq dah, Dok risau dah takut dia nanti komplen kat guest service.Aku ni jenis direct, So aku jawab la sebab pemakaian dia seksi sangat dan menyakitkan mata aku.Dia tak kata apa, Tapi aku boleh dengaq yang dia dok gelak kecik.Dia habaq apa salahnya dia pakai macam ni untuk diri dia sendiri? Tak tau pulak kalau nak sakitkan mata orang lain kecuali aku sebab dia tengok orang lain ok ja then kata aku ni looseLoose tu gila so yes, Maybe aku gila sebab tak tengok dia? Bergelak kami dua dalam lif tu sampai masing² bawak haluan sendiri.Tak cakap banyak just kat situ saja secara spontan dan aku tak pernah jangka yang dia akan jadi milik aku walaupun untuk sementara ja.Esok tu aku jumpa lagi minah ni tapi time aku dah nak balik keja, Masa nak turun lif tu, Nampak dia dok tersengih dalam lif but this time dia buat aku ternganga, Why? Sebab dressing dia lain sikit petang tu.Jeans biru dan baju fit bunga warna merah.Aku masih ingat and she said:

"Hi! So you masih nak pusing badan?"

Nada dia sinis semacam dok sindiaq, Aku garu kepala segan.Masuk dalam lif dan tak pusing dah badan aku sebab dia pun dah pakai elok sikit.Dalam hati aku masa tu dok mai pelik, Dok berkata², Dah insaf ka minah ni? Then kami bersembang la sat kat lobi, Kenai nama dan masing² bagi nombor contact.Maka dari situlah bermula kisah aku dan shieona ni.Nak cerita lebih² kat sini? Dak kot sebab aku masih dok menulis novel standalone dengan minah ni, So kalau nak baca ceritanya ada dalam novel aku haha sori.

Fakta Menarik Tentang Aku & Dia:

Berkongsi 'Birthday' Pada Bulan Yang Sama Cuma Berlainan Tarikh,Hanya Beza Jarak DUA HARI.


Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama