
Dalam minggu ni, Aku ada nampak satu kisah viral melibatkan MADAD, Ya MADAD! Viral sebab pengerusi MADAD konon seleweng duit derma untuk kegunaan sendiri.Pembongkar dan bagi viralkan tu atas nama NAGA SLAYER yang konon dia dah bongkar banyak penyelewengan orang² ternama.Supporter dia pun boleh tahan banyaknya.Apa yang menarik perhatian aku bila si NAGA SLAYER ni cakap guna kata² kesat.Cara cakap yang sangat tak beradab dan itu dah trigger aku.Memang kurang ajaq, Dia sedaq dak dengan sapa yang dia 'idiyet'kan tu? Bila baca reply dia, Bukan sekali dia guna perkataan 'idiyet' tu tapi berulangkali dan yang paling buat aku naik angin bila dia ulang 'idiyet' tu dan tuju kat Ustaz Yaakob Yusra, BOOM! Hati aku ni jadi auto hangat nak meletup! Celakalah engkau wahai fulan! Sangat biadap!! Sudah la bahasa tu kurang sopan, Ang viralkan plak konon dia telan duit derma dengan hujah² spin dan bagi segala follower baca dan sekarang berlaku pecah belah diantara umat yang dungu.One side dengan si cicak bacul slayer tu dan one side dengan Ustaz Yaakob Yusra, So kat sini aku boleh nampak ada pihak yang dok sakit juboq tengok MADAD berkembang maka dia buat satu isu sebab nak jadikan keraguan sesamat umat.Isu apa dia buat? Derma, Tanah dan penyelewengan siap dengan dokumen² konon itu bukti padahal benda tu naratif jahat yang nak jatuhkan Ustaz dan MADAD, Manakala follower cicak slayer ni siap gelak² dan komen sinis sindiaq siap hashtag PENUNGGANG AGAMA.Astagfirullahal'azim...Manusia.Mana hormat ampa ni semua? Mana adab dan akhlak ampa ni? Apa dah jadi dengan bani melayu hari ni??? Kenapa sampai macam ni ampa nak bertikam lidah sesama agama asbab satu isu yang kita sendiri tak tau mana mai? Pasaipa?? Kenapa??? Memang aku maqah! Sebab benda macam ni dah pernah jadi!! Dah pernah jadi!!!! Ampa sedaq dak tahfiz dalam malaya ni makin kurang? Ampa sedaq dah para ilmuwan semua dok kena fitnah sampai kedalam lokap? Ampa sedaq dak yang ulama dok kena sekat cara halus dari nak masuk ke satu negeri ke negeri lain semata nak dakwah supaya kita ni tak kembali ke zaman jahiliyyah? Ampa sedaq dak yang dok ada jarum haluih dok cucuk ampa sampai ada keraguan dalam jiwa masing²???? Ampa tau ka misi orang² kapiaq lahanat ni dah makin berjaya sebab timbulkan keraguan sampai mak bapak nak antaq anak pi sekolah agama pun dah takut sebab skandal seks dan buli?? Ampa sedaq ka dak?? Hah??! Guna otak pikiaq, Jangan main hentam ikut apa orang yang entah mana mai tetiba dia habaq itu ini kita pun jadi bongok ikut, Last minit ampa yang nak garu kepala!
Patutnya benda ni umat kena bersatu, Menentang kebatilan habeh²! Kalau dok bagi muka makin merebak, Sampai kiamat umat berpaling muka antara satu sama lain.Ampa mungkin tak perasan lagi benda ni, Padahal aku dari dulu dan masih dok jadi pemerhati.Kalau ikut sejarah islam, Tanya balik macamana puak² syiah wahabi bagai ni mai? Apa ajaran yang depa bawak mai sampai umat Muhammad bertelagah sesama sendiri? Dari Abu Luk Luk sampai la Christian Snouck Hurgronje ampa masih buta dan tak nampak benda ni! Melayu ni jenis malaih nak baca, Malaih nak kaji, Tapi nak sijil PHD bagai.Bila mai bab nak keji caci maki orang, Tak payah suruh! Memang hebat gila! Orang yang berilmu tak semestinya dia beradab!! Kebodohan makin nampak, JELAS! Belajaq tinggi tak guna bila ilmu tu digunapakai untuk berdebat dan hujah benda² yang berniat menjatuhkan manusia lain, Allah suruh ka?? Bongok! Kalau ampa tau benda ni sejak dari zaman Nabi lagi dah ada, Kenapa tak peka? Kenapa main hentam ikut arus semasa dalam media sosial membabi buta? Media ni satu platform yang dok kawal minda secara diam² sampai ampa sendiri terpaksa bukak tiap hari sebab dah biasa cara tu! Betapa mudahnya puak² ni pecah belahkan umat Muhammad yang sepatutnya bersatu pertahankan agama dan para arifbillah!!! Benar kata Nabi SAW berkenaan akhir zaman:
“Akan hampir seluruh manusia mengerumuni kamu sebagaimana mengerumuni makanan ke bekasnya. Maka seorang berkata: Dan adakah disebabkan jumlah kami pada waktu itu menjadi sedikit?. Jawab Baginda: Bahkan jumlah kamu pada hari itu begitu ramai, tetapi kamu hanya seperti buih seumpama buih air banjir. Dan Allah akan cabut daripada sanubari musuh kamu perasaan gerun terhadap kehebatanmu, dan Allah akan mencampakkan penyakit wahan ke dalam hati kamu. Maka seorang berkata : Wahai Rasulullah! Apakah penyakit wahan itu? Lalu sabda Baginda : Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian.”
(Riwayat Imam Abu Daud dan Imam Ahmad)
Aku sangat sedih bila terkenangkan benda ni yang sudah pun ada pada dunia hari ni...Na'uzubillahi Minzalik!