2.04 pagi, saat tengah dok syok melayan game, dok petik pi petik mai controller game tu, tetiba satu mesej whatsapp masuk.
"D..Mak Jalil dah tak ada.."
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن

Seluruh jasad aku dah ketaq, lidah kelu.Tak tau nak kata apa, controller kat tangan tu jatuh sendiri dari genggaman tangan.Kaki aku ni seolah ada 'besi' yang merantai seolah tak izin aku berganjak.Perasaan jadi serba salah, hati yang remuk sebab masih terbayang benda² lama yang dah jadi diantara aku dan sahabat aku yang dari kecik ni.Dengan nafsu yang masih bergoncang, buat aku terduduk pegang kepala.Aku cuba melawan, bangun dan terus siap langsung pi rumah sahabat aku ni.Sampai sana badan aku jadi gemuruh, disambut sahabat aku ni dalam keadaan sebak.Kami peluk erat, dia menangis teresak².Aku tanya mana mana mak? Dia papah aku masuk ke dalam masjid, dari jauh dah nampak satu jasad yang dah terbaring kaku berselimut putih.Allah, mak..Badan aku lemah macam nak jatuh.Aku tak mampu nak tahan sebak sebab bila tengok keadaan mayat tu aku teringat saat arwah masih hidup.Sangat lembut orangnya, suara yang pernah sapa aku, masak dan pelawa aku makan sekarang dah jadi kaku, tak lagi bergerak, membisu dan kedua mata dah terpejam rapi.Hati aku jadi remuk, saat arwah hidup aku langsung tak mai ziarah apa lagi nak mai jenguk tanya habaq.Aku mula dok mencela diri aku sendiri, kawan jenis apa aku ni?! Hanya asbab marahkan anak dia, berlaku sikit perselisihan aku nak bermasam muka? Tak mau bertegur sapa dan langsung tak bertanya khabar? Ya Allah, Aku berdosa! Aku malu pada diri sendiri, konon berilmu.Ngaji agama tapi benda kecik macam ni buat aku jadi macam pentingkan diri sendiri?Aku habiskan masa hanya sejam lebih kat sana, sempat bersembang dengan dia dan ada pertelingkahan kecik cuma aku rasa bukan masanya untuk bercakap sekarang.Aku mintak diri dan balik asbab kesihatan aku yang tak berapa nak elok.Semahunya aku nak tunggu sana sampai mayat dikebumikan tapi keadaan yang tak izinkan aku untuk berada lebih lama kat situ.Balik rumah, terus aku menung panjang sampai aku langsung tak boleh nak pejam mata asbab rasa bersalah yang ada dalam hati.Kesal? Dah takdak guna sebab orang dah takdak baru nak rasa bersalah bagai? Aku mula dok salahkan diri sendiri sampai aku tak boleh nak pikiaq apa pun hari ni.Ya Allah..Maafkan aku.
"Moga Allah mencucuri rahmatNya kepada ruh ibunda sahabat aku dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada.."
-Amin