Aku Yang Tersungkur

Manusia ni satu makhluk yang cukup susah sebenarnya nak puaskan hati dia.Kalau kita dah buat yang terbaik, dia demand nak lagi elok.Aku cukup benci jenis ni, dah banyak aku hadap sampai naik jemu.Terkadang benda macam ni la yang buat aku berhenti untuk tolong sesama manusia, but aku memang tak boleh nak salahkan depa sebab masing² punya cara memang tak sama walau rambut sama pekat hitam.Semua tu gara² diri sendiri sebab dah 'terbiasa' dok mengarah or buat naya kat orang lain or pendekatan yang lebih tepat, NAFSU.Semua manusia ada benda ni, cuma nak kena jinakkan dia ja tapi terpulang la pada diri masing².Kalau ang rasa benda tu cukup untuk ang, maka Allah sendiri akan bagi ang rasa dengan kecukupan tu.Kalau ang masih rasa tak cukup dengan apa yang ang dapat, there is something wrong somewhere with you.Itu la orang kata bila ang dah 'terbiasa' buat benda yang selalu yang ang buat, Once bila ang nak let go benda tu jadi susah, sebab ang dah biasa buat! You feel me? Dunia hari ni, Wallahi bang, aku tengok makin sesak dan dipenuhi oleh keracunan dalam masyarakat.Apa yang kita ni buat, benda akan jadi serba tak kena pada mata manusia lain.Am i saying that aku ni maksum or tak pernah buat dosa? Bullshit! Aku pun sama, Aku pun manusia yang ada nafsu but still waras.Aku ada batas, DIA bagi aku otak untuk pikiaq mana elok, mana buruk.Takdaknya pasai tiba² nak sakit hati kat manusia lain dengan takdak sebab, gila ka? Cuma pelik sangat perangai manusia hari demi hari ni, makin menjadi depa punya kerakusan dalam nak cari dunia.Tak kenai dah sumber tu haram ka halal ka, betoi ka, salah ka, mana pun depa sebat ja, pendek kata 'janji dapat'.Entah la, aku pun dah malaih dah nak amek tau sebab dah 'terkena' dari kesan perangai manusia yang bersifat iblis ni.Sampai dah jahanam business kecik aku 'depa' sabotaj, but no worries.Allah ada, kita jumpa sana.Depa pun dah dapat apa depa nak dengan buat aku jatuh, aku maafkan but depa dengan Allah? Jawab sendiri la, Aku berlepas diri sebab dah pun memaafkan.

Sekarang ni, memang hidup aku jadi sedikit 'sempit'.Tak macam dulu, but Insya'allah aku yakin rezeki Allah tu mana pun ada.Aku berserah dan tawakal.. 

Terbaru Lebih lama