Cik Bunga Yang Kuat Mengunyah

Bulan lepaih aku ada habaq yang aku akan dedahkan selpiaq si bunga hati dalam blog aku, Haa ni la dia.Deni memang kuat makan bila dia stress.Agak garang jugak orangnya tapi kat orang lain ja la dia tunjuk garang dia, Kat aku dia tak berani la kot.Comei bila maqah.Tak la secantik model² atau miss universe bagai tapi Alhamdulillah la takat mana yang Allah bagi.Nak dekat setahun dah kenai dan sejak kenai dengan dia ni, Aku jarang dok kat umah.Kami ni hari² keluaq melilau, Kecuali bila aku ada keja kat umah memang aku habaq siap² yang aku tak mau keluaq.Kadang dia ok, Kadang dak sebab bila aku kata aku tak mau keluaq, Dia sentap.Then mula la merajuk.Aduhh..Bukannya aku tak mau nak keluaq teman dia, Kadang tu timing tak kena lagipun aku ada keja nak buat walaupun dia tau yang aku ni mana ada keja kat mana² company itu yang dia pertikai.Tanya aku keja apa yang aku dok buat tu? Padahal aku belum ada keja lagi.Ni la ceritanya, Aku tak mau nak habaq lagi kat dia yang aku dok buat keja freelance bab komputer bagai, Senang kata keja aku ni lebih pada IT Geek dan keja sendiri.Pasaipa aku tak mau habaq? Haihh..Bukan pasai aku risau kalau dia nak let go aku if dia tau aku keja macam ni.Cuma tunggu la dulu, Memang la dia pun dok bising jugak suruh aku cari keja.Dah cari dan bukan rezeki lagi aku nak buat macamana? Kadang sampai bertekak jugak la bab ni.Takpa aku faham, Semua ni gara² isu duit nak belanja.Aku mengaku, Dia banyak jugak la keluaqkan untuk aku dan penah aku mengamok jugak kat dia sebab dah habaq berkali yang aku memang tak suka bila orang pompuan dok keluaq duit untuk aku.Cukup la dari mula aku dah dapat pengajaran, Aku dah bagitau yang jangan dok ajaq atau manjakan sangat aku dengan duit, Aku ni belum lagi jadi suami dia oi.Malu? Ya la, Mau aku tak malu.Agak² la nak makan duit orang, Jujoq aku memang tak suka apa lagi nak mintak.Aku just suruh dia sabaq ja, Bukan aku tak pernah keluaq duit untuk dia.Ada ja tapi dia suka sangat dok pertikai aku.Kata tak keja, Abeh ni amek duit mana? Ang rasa?

Tu la orang pompuan, Ang jangan dok kata apa la.Lagi panjang
drama nanti mai.Anyway ni gambaq semalam kami kat relau, Lepak atas bukit amek angin.Dia nak pi sana aku ikut teman, Sebab? Ni drama dia..Mula konon habaq nak pi sorang, Tapi aku tau dia dah sentap sebab aku habaq yang aku ada keja nak settle sat pasai semalam ada orang antaq sebijik dua laptop kat aku yang nak aku pomen tapi..Last minit "Hello Abang Orang Dah Sampai, Ada Kat Bawah Dah.." Haa mampoih, Pala otak ang rahh.Stress? Biasa la benda ni.Sayang punya hal kita ikut ja sebab nak pulun jaga hati.Macam tu la aku, Hadap ja la selagi boleh hadap.Ni belum lagi jadi bini aku, Kalau dah jadi tu cerita lagi panjang woo..Apapun aku harap moga kami dua ni berkawan sampai kami disatukan, Wallahu'alam..Insya'Allah 💏

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama