
"Dari Keypad Plastik Sampai La Ke Touch Screen.."
Tak mudah oi nak buat benda ni dari mula walaupun aku dah ada pengalaman, Tapi memang wajib ada knowledge. Asas dia coding.Ni la yang buat aku lemaih peqot, sakit hati, sakit mata, sakit otak segala bagai. Coding ni memang satu kepentingan bila nak bangunkan satu aplikasi, Lebih kurang lagu web tu, guna HTML, XML bagai.Tu belum kira java script lagi, Memang ang boleh hantuk kepala sendiri kat dinding.Benda ni kena study dulu, Baru boleh paham semua, Ang kena peka, Kena bagi perhatian betoi² sebab coding ni cukup sensitif.Macam daun semalu, Ang sentuh ja dia mengecut especially bila code dengan java script.Silap sikit ja, Ang terlupa nak letak satu marking pun cukup la, Contoh kata ang lupa nak letak tanda ';’ dah cukup untuk buat sistem interface buat muka kerepek hangit kat ang.Kalau dok buat sambil lewa, Otak plak dok melayang kot lain, Jenuh.Nasihat aku untuk sapa² baru nak try masuk dunia coding ni bertabah la na.
Stress? Tipu la kalau takdak, Kot mana pun apa jenis keja memang ada stress.Lebih² lagi bila time dok jalan keja semuanya buat tak jadi, Mula la rasa nak bebai, Nak carut maki bagai.But as for experience developer, Itu normal la bagi depa.Aku dak la, Sebab aku dah lempaq laptop ni kat hujung pintu pun hahaha! Mau aku tak naik angin, Bila coding semua dah siap kita nak kena run test dulu.First run tengok tak jalan, Buat double check pun benda tak jalan, Apa lagi triple check pun still tak jadi jugak.Aku dah hadap benda ni, Bukan sekali dua.Pasai apa jadi lagu tu? Haaa ni satu lagi cerita.
Bila dah siap coding, Kot mana pun memang wajib ang kena run test sebab nak pastikan coding tu berfungsi, Macamana nak tau dia berfungsi? Bila ang run test, Aplikasi ang hidup, Dia boleh start dan itu tandanya coding ang is a success which is berfungsi.But apa nak buat if tetiba app tu dia start dalam seminit dua then dia close sendiri? Haa tang ni la nanti jem, Dan ada jugak yang tak start terus! Sapa la tak bebai lagu ni? Padahal dah dok coding serupa orang gila, Check abeh semua luaq dalam tengok macam ok, Belek sana belek sini.End up baru tau rupanya source code kena update, Ahh sudah! Ni la halnya yang buat aku meluat sangat kat google, Depa ni gila² punya dok push update buat aku sakit kepala.
Source code update ni apa dia pulak? Benda ni dari Google, Bila depa update depa punya main source, Ang pun kena (Wajib) update.Kira macam sumber utama la, Contoh macam pokok naik elok dan berbuah sebab ada sumber matahari dan ayaq, Haa macam tu.Kalau ang tak jaga pokok tu, Tak bagi dia update dengan siram ayaq ang rasa pokok tu jadi apa? Daun² nanti mai kering, Dia akan luruh daun² kering sikit demi sikit sampai naik botak dan nanti tinggai ranting ja.Macam tu jugak source code ni, Katakan la aku tengah guna source code untuk android 13, Tetiba google push update untuk android 14.So ang kena la update dan secara automatik code lama kita terus jadi outdated.Benda ni jugak akan sebabkan certain android device tak boleh pakai langsung.Tu la punca app dok crash la, Tak boleh start la, Apa la sebab dah outdated.Semua peranti Android memang ada benda ni dan dia ada versi dari 1.0 sampai la sekarang dah 15 la kot.Setiap version ada Version Code which Codename sendiri, Contoh:

- Vanilla Ice Cream / SDK API LEVEL 35
- Upside Down Cake / SDK API LEVEL 34
- Tiramisu / SDK API LEVEL 33