Apa bendanya Pembangun UI ni?
Pembangun UI (Antara Muka Pengguna) ni kalau nak senang habaq, depa ni la otai bab design rupa bentuk dengan segala benda interaktif kat dalam satu sistem sama ada website ka, aplikasi web ka, ataupun app dalam tipon ang.Antara muka ni kira macam muka depan kedai la, orang mai buka app tu first thing depa nampak tu la kerja UI.Kalau cantik, tersusun elok, senang guna orang pun rasa wow! smooth sungguh.Tapi kalau serabut, dok lambat, color pun tak ngam satgi user uninstall, pi dok kutuk pulak.
So keja depa bukan sekadar bagi lawa ja, tapi kena balance lawa dia, untuk senang guna, laju, tak buat orang meluat.Kira depa jaga dua dunia, satu dunia teknikal (coding bagai) dengan satu lagi dunia visual/creative.Gabung dua ni la baru jadi antara muka yang hidup.Paham dak?
Apa kerja depa ni sebenarnya?
Nak kata kerja depa simple, tak jugak. Nak kata complicated sangat pun emm bergantung la.Tapi mostly, tanggungjawab pembangun UI ni lebih kurang lagu ni:
-
Design interface: Depa la yang dok design semua rupa bentuk, nak letak button kat mana, nak pilih color apa, font apa sesuai. Pendek kata, nak bagi interface tu mesra user.
-
Tulis code: Haaa ni part buat ramai orang sakit mata, Sakit peqot, Sakit kepala, Sakit juboq bagai.Depa kena tulis HTML, CSS, JavaScript. Bukan setakat boleh jalan ja, tapi kena kemas, bersih, senang nak maintain.
-
Implement design: Designer mai hantar mockup comei², kerja UI developer pulak translate benda tu pi jadi real, jadi app yang user boleh tekan dan guna.
-
Prototype & test: Sebelum lancar, depa buat prototaip dulu. (BETA) Test tengok boleh jalan dak, ada bug ka, sesuai dak dengan semua browser dan tipon.Kena test betoi² sebab silap sikit, satgi mula aa user complain. (Aku meluat ni)
-
Optimize performance: Paling penting, depa kena jaga kelajuan.Tak guna lawa kalau lambat, jadi depa kena optimize, debug, pastikan smooth ja.
Pasai apa pengalaman pengguna (UX) ni penting?
Kalau nak tau, UX ni la jantung dalam mana² app atau website. Bila user happy guna depa stay, guna lama, recommend kat orang. Bila user fedup sebab slow, susah nak guna, serabut sampai rasa nak lempaq tipon sendiri kat dinding, Depa uninstall, tinggal review 1 bintang kat developer. (Ini ketahian)
Kat sinilah UI developer main peranan:
-
depa buat design consistent (tak dok la button kat sini besaq, kat sana kecik),
-
ikut guideline accessibility (untuk orang buta warna, warga emas, semua boleh guna),
-
pastikan responsive (phone, tablet, PC semua boleh adjust sendiri),
-
optimize performance bagi tak lag,
-
test usability sampai confirm semua smooth.
Jadi bila semua tu settle, app tu jadi senang guna. Orang tak payah dok terkial² nak cari button, tak pening dengan layout. User puas hati, syarikat pun success.