
Terbabit dalam bidang sunting menyunting gambaq ni pada akhir tahun 2022 tak salah aku, Aku sendiri tak ingat masa bila aku join satu group editing kat pesbuk ni dan dalam group tu jugak la aku mula dok sunting muka orang, Tukaq warna baju, Tukaq background bagai.Lama² dok mai rasa macam best pulak bila dok selalu ngedit ni lebih² lagi aku ni pulak suka dengan grafik.Asalnya memang sekadar suka² tapi dah terlajak jauh sangat sampai la aku bukak satu web blog rasmi yang aku simpan banyak koleksi dari hasil tangan aku selama dok melekat dalam bidang sunting gambaq ni.Sebetoinya aku ni mana la reti nak edit muka orang, Kalau buat design untuk web tu ok la sebab aku lebih kearah tu ja.Yang gatai tangan nak pi ngedit muka orang tu buat apa? Tapi, Sekurangnya aku dah belajaq sesuatu yang baru.Banyak , Memang banyak sangat yang aku dah belajaq, Diantaranya tone warna ni untuk apa, Fungsi dodge and burn untuk apa, Curve with level, Contrast dan macam² la padahal aku dah pegang photoshop ni hampir 15 tahun tapi tak pernah guna pun fungsi² tu semua.Bila start menyunting ni la aku baru tau benda tu semua untuk apa, What? Berdekah aku sorang²! Minat aku nak menyunting muka orang ni mana ada, Malah aku tak berminat langsung, But ini semua dari DIA dan Aku bersyukur sebab Allah masih sudi bagi aku pinjam anugerah dan HAK DIA.Apa yang DIA buat semuanya ada sebab, DIA bawak aku sampai ketahap ni pun ada sebabnya jugak.Hanya DIA yang Maha tau, Aku mana tau apa.
THE TARGET

Apa pencapaian dan target aku dalam menyunting gambaq² ni semua? No, Aku langsung tak target apa² pencapaian pun apa lagi spesifik target dalam bidang photo editing ni.Macam aku kata tadi, Sekadar suka² ja pun tapi dalam dok suka² tu la aku boleh ada web rasmi yang dok simpan koleksi gambaq² yang pernah disunting.Seriously man, Aku pun tak sangka nak pi jauh macam ni.Yang boleh aku kata, Semua ni kurniaan DIA, Pinjaman dan anugerah DIA untuk aku and yes, Benda ni jugak dah jadi sebahagian dari mata pencarian aku dan aku bersyukur dengan pemberian DIA seadanya, Alhamdulillah! Lepas dari dok sunting ni semua baru la target tu ada.Apa yang aku target? Mastering the photoshop.Eh? Bukan dah pakar ka? Nak master apa lagi? Aku tak pernah anggap diri ni profesional malah tiap hari aku anggap yang aku ni masih dibawah dan tengah belajaq untuk master photoshop ni like a boss.Aku yakin banyak lagi benda yang masih belum lagi aku belajaq, Study and practice tu memang selalu.Bukak youtube, Cari video dan buat follow up.Praktik dan tajamkan lagi skill is a must!
VISUAL STORYTELLER & POSTERS

Dari dulu memang minat gila tengok poster² yang dok melekat kat dinding panggung wayang.Teruja tengok sampai berangan nak letak muka aku dalam poster tu, Tak salah pun ada angan² cekelat angin macam tu kan? Dari angan² ni la aku mula dok ingat nak buat satu poster ikut fantasi dan imaginasi aku sendiri yang akhirnya aku hasilkan banyak poster² yang guna muka aku sebagai main character, Tak ka gila aku ni? Benda ni semua hanya kerana cinta aku pada seni sejak dari aku kecik lagi, Cukup suka melukih.Apa saja yang aku tengok kosong, Tangan ni mula la nak pegang pensil, Pen atau marker.Memang aku nanti gasak abeh².Masa kecik tak reti nak melukih pun, Takat orang lidi boleh la.Nak lukih muka orang? Muka katun? Lagi golmal, Aku tak pandai tapi bab seni ni aku tak pernah putus asa.Aku keep going untuk capai matlamat apa yang aku nak buat dan apa yang aku suka.Rezeki aku untuk belajaq tinggi pun tak sampai, Umoq aku 13 tahun dah tak sekolah, Memang agak sedih sebab aku ada keinginan nak amek kursus seni tapi apa daya? Dah jodoh aku dengan sekolah tak lama tapi tu tak bererti aku menyerah, Walaupun dah tak sekolah masa tu, Aku masih dok belajaq melukih segala bana.Pemandangan umah kampung, Lukih beskal dan macam² la walau tak berapa nak elok sangat.Hentam ja la, Janji nampak jugak bentuk aku lukih tu beskal.
STRIP NOVELS & SHORT STORY

Aside from photo editing, Apa lagi yang aku boleh buat dengan seni ni? Aku pilih untuk berkarya, buat novel pendek dan cerita² biasa pada asalnya.Lama² tu tercetus dan timboi ilham nak menulis cerita sendiri.Ada jugak aku buat shorts untuk sampaikan mesej pada public, Even if it doesn’t get much response, But still the work is on the go.I’m not here to impress or make a name for myself, But i write for the love of graphics and visuals and melalui grafik tu jugak aku selitkan mesej pada yang nak berfikir atau pikiaq. No offence, But in my visuals, There is usually a hint of satire with human nature and the state of the world today.Kesempatan yang aku amek dalam bakat yang aku ada, Rasanya tak salah kalau kita cuba sampaikan atau raise awareness of good things.Bukan saja² nak buat ikut suka hati, Anugerah DIA dah bagi and i make a move untuk bagi manfaat pada manusia lain jugak selagi aku ada peluang untuk berkarya.Dalam berkarya, Cari pahala but if ada yang terasa dengan karya aku, From the bottom of my heart, Aku mohon maaf.I'm just exposing the real world of today and how i deal with it.Aku hanya manusia biasa, Bukan retis, Bukan manusia yang ada nama, I'm nobody.Tak semua artwork aku menyindiaq orang lain tanpa sebab.I'm just sending my message for those yang nak celik or nampak dengan apa yang dok jadi lani.
COMPETITOR AND HUMAN ENVY
Competitor dalam photo editing? Ah, Itu biasa.Mana² tempat pun ada.Jangan kata dalam photo editing services ja yang ada pesaing ni, Bila namanya dah berniaga kot mana pun akan ada challenger.Contoh dekat, Macam mekdi vs kepci.Detu ada ayam, Kawan ni pun ada ayam, Detu buat ayam pedas deni pun kalut buat ayam pedas.Macam tu la seterusnya sampai lawan bawak turun harga sebab nak gain customers padahal bukan sedap mana pun.So benda ni normal dah bagi aku malah aku dok hadap benda ni tiap hari but no offence, I work at home depan pc pun takkan terlepas dari kecaman, Dengki dan khianat manusia.Mana² pun akan jumpa puak ni, Jelousy dan sakit hati tak bertempat.Ada yang sound direct dengan bentuk sindiran, Ada yang kecam, Ada yang ejek dan gelak dan paling teruk aku hadap setakat ni dengki sampai sabotaj hasil tangan aku dan attempting nak jatuhkan aku.Ada yang copy hasil kerja aku dan claim dia yang buat siap dengan watermark lagi.Kadang benda ni buat aku senyum sorang², Kenapa? Sebab geli hati tengok karenah masing² buat aku tepuk dahi sendiri.Nak marah? Untuk apa? Dulu ya, Aku memang marah sebab artwork yang aku buat tu makan masa berjam² lamanya, End up orang lain sebat dan claim dia owner pada artwork tu, Jilake.And now, Here i am.Masih berdiri tanpa hiraukan lagi haters yang tak senang dengan aku.Yang dengki, Biarkan terus dengan dengkinya.Aku dah tak peduli.Dah muak, Dah jemu sebab one thing and i'm pretty damn sure about this, Depa boleh tiru artwork dan hasil kerja aku.Nak sebat watermark pun silakan, But they can't copy my soul of art and how i created which they can't be me.