
Hidup aku ni tiap hari dengan grafik, Dari grafik sampai la ke dunia gaming.Terjebak pun punca dari grafik, Dah tu story rich pulak lagi sakan aku melayan game.Dua benda ni memang dah boleh nak lari, Bikin aku terlopong bila dok tengok lelama.Masa kecik dulu, Ikut mak aku keluaq berjalan, Dari situ la first time aku nampak game ni.Mula nak explore, Nak tau, Nak tengok, Nak belajaq sampai ketagih nak main berulang kali hanya kerana grafik, Bukan hanya semata² dia game tapi grafik yang buat aku jadi teruja.Mai masa remaja, Mula masuk kedai² game ni, Bertambah wow lagi masa tu sebab punya banyak jenis game dok ada sampai tak terpilih nak main mana satu.Zaman tu guna syiling dua kupang untuk satu game, Lani takdak dah.Kalau ada pun yang guna token atau membership card ja, Tapi nak main satu game bukan lagi dua kupang, Dah seringgit dua guna token.Yang membership plak kira bulanan sampai dua tiga ratus, Aku dah naik meluat pulak.Nak naik taraf pun agak² la, Mahai gila.Baik aku lepak umah layan game kat playstation or kat komputer lagi syempoi.Sejak layan game kat umah ni la makin menjadi hobi aku dengan grafik, Suka tengok logo, Banner dan design dari publisher game tu semua.Dia punya efek, Environment pun cun gila.Satu game bila main, Rasa dia punya vibe seolah aku ada dalam game tu tapi bukan semua game yang ada mood macam tu, Kena pandai tengok game la.Kalau aku, Nak melayan santai yang ada open world tu dah cukup macam Red Dead Redemption 2 ka, Horizon ka, Ghost Of Tsushima ka, Forza Horizon 5 ka, Ini semua game A Listing bagi aku.Grafik dia? Tak payah cakap, Bukan saja grafik tapi story rich tu buat aku nganga 24 jam depan skrin!Itulah halnya lani, Aku dok ingat apa kata aku jadikan hobi aku ni sebagai mata pencarian yang baru? Aku jaul koleksi macam² game.Masih dalam perancangan tapi belum lagi aku tentukan, Nak tengok dulu keadaan macamana dalam sebulan dua ni dulu.Insya'Allah, Aku tak berani nak janji apa² lagi masa ni but rezeki ni dari DIA, Kalau DIA kata ada untuk aku, Maka untuk aku la.Wallahu'alam.