Berkata Ibnu Mas'ud RA:
ﻣﺎ ﻧﺪﻣﺖ ﻋﻠﻰ ﺷﻲﺀ ﻧﺪﻣﻲ ﻋﻠﻰ ﻳﻮﻡ ﻏﺮﺑﺖ ﴰﺴﻪ ﻧﻘﺺ ﻓﻴﻪ ﺃﺟﻠﻲ ﻭﱂ ﻳﺰﺩ ﻓﻴﻪ ﻋﻤﻠﻲ
"Tiada yang pernah kusesali selain keadaan ketika matahari tenggelam, ajalku berkurang (usia bertambah), namun amalanku tidak bertambah."

Macam tu jugak aku, Apa yang aku risau bila nak mati tu.Sakaratul maut, Tanya diri sendiri lepaih dak nak mengucap? Kat dunia guna mulut dok bercakap pasai orang.Umpat mengata, Dok sebaq meqata fitnah, Aib orang kita dok selak, Nak jugak sibuk hal yang tak sepatutnya kita amek tau.Padahal diri sendiri? Itu baru bab sakaratul, Hal dalam kuboq macamana pulak? Ang nak kena taram dengan dua malaikat.Kat dunia punya la mendabik, Dok megah dengan harta benda.Semua segala bana benda kita ngaku konon kita yang buat, Tapi langsung tak sebut DIA yang bagi, DIA yang izin, Karunia DIA, Ehsan DIA, Kita ni apa yang ada? Masa kita keluaq dari perut mak kita pun kita bogel, Apa pun tarak.Bila dah besaq, Pakai baju pun style, Aurat tak jaga, Bila mati kita sama.Balik dalam keadaan bogel jugak, Papa kedana.Ce bungkoih dengan kain yang style tu tengok.

"Ya Allah, Aku harap aku tak lupa asal aku.Ingatkan aku tentang
kejahatan aku, Buatlah aku lupa akan kebaikkan aku.Sungguh aku ini makhluk hina lagi lemah.Sentiasa akan lupa diri, Sentiasa akan menderhaka.Aku makin berusia, Keputihan pada janggut dan rambut, Dengan mata yang kian rabun, Deria telinga yang makin pekak apa lagi dengan tulang yang mereput.Aku lemah dan sentiasa akan lemah.Tiada daya aku melainkan dengan kurniaan Mu wahai Tuhan.Cukuplah dengan kelemahan diri sebagai tanda yang aku ini makhluk yang bersifat lemah dan bodoh.Moga² Engkau wahai Rabb, Pimpinlah aku ke jalan yang Engkau redhai dan bukan jalan yang Engkau murkai."
Benda dah lama DIA dok bagi tapi aku sentiasa buat tak nampak, Buat serupa tak peduli.Aku malu nak hadap DIA nanti, Apa aku nak jawab bila ditanya amalan aku? Kenai ka dak dengan Para Nabi? Apa aku nak jawab ni? Apa? Kerisauan tu makin meninggi bila nak jawab pertanyaan dalam kuboq, Apa lagi Mahsyar? Nak beratoq panjang tunggu nak kena hisab, Nak lintas titian Siratul Mustqim yang lebih haluih dari mata pedang yang tajam? Risau..Sangat risau.