
Manusia hari ni, baik buruk halal haram semua dia tibai. Tak kira apa dah, janji 'dapat'. Jenis macam ni dah boleh nampak kat mana² even dalam media sosial. Bila ada satu 'posting' atau 'thread' yang sebut 'PERCUMA' atau yang melibatkan duit, ruang komen penuh dengan manusia yang berebut² nak dapatkan benda tu. Dicelah ruang komen tu akan terselit kata² mencela satu sama lain hanya sebab 'tak dapat' or dah 'miss out'. Rasa malu tu dah macam takdak dah. Kalau dia rasa dia nak kata, dia kata. Kalau rasa dia nak maki, dia maki. Kalau rasa nak hina, dia hina. Masing² punya 'cara' untuk jatuhkan dan malukan sesama sendiri, Hanya kerana SATU 'offer'. Itu belum lagi cerita pasai politik, bab ni lagi keji. Paling teruk yang tak pernah aku tengok sebelum ni, cukup menakutkan dengan komen masing². Benda ni aku pernah tulis dalam blog sebelum ni tapi kali ni aku rasa makin lama, kian teruk. Makin parah dah pada sekalian umat terutama sekali pada orang islam tu sendiri. Masing² ada depa punya 'tokoh' politik yang nak dipertahankan. Jangan ada orang berani nak kata atau pertikai 'tokoh' politik tu, siap nanti kena maki, cela, cemuh dan kecam berjemaah. Tak cukup dengan tu, profile kena 'korek', gambaq kena cilok, kena edit dan dimalukan! Dasyat tak dasyat perangai ni? Nak kata takut? Nak takut apa? Tuhan pun tak kenai, itu yang berani bukak aib manusia lain, bukan tu saja, seluruh keturunan dengan keluarga sekali depa bagi sangkut. Terkadang, benda yang takdak kena mengena dengan depa pun boleh buat depa melompat, padahal tak sebut nama pun. Yang buat aku nak gelak, bila ada komen sorang dua tu sebut 'munafik'. Melompat puak² ni. Dia tak sebut pun nama manusia tu secara spesifik, tapi ada yang dah terasa, dah tu puak² ni mana boleh 'kalah', ada ja jawapan depa nak hentam balik. Macam tu la bani melayu hari ni, kot mana pun lawan tetap lawan tapi salah 'pintu' depa nak ketuk pun. Sebangsa, seagama, dia punya berani memang lain macam sikit.

Bukan nak cakap lebih kurang pada bangsa sendiri, tapi benda ni aku dah lama dok perhati. Makin teruk, makin menjadi, makin 'sakit', makin mental. Kalau nampak isu bab politik ni, better jangan la masuk komen atau 'rabung' menyembang, panjang cerita dia nanti. Silap cakap or kata 'sikit' ja, bertabahlah sebab nak kena maki berguni. Bukan pasai kita ni 'takut' sangat nak hentam balik, boleh ja nak kata maki lebih kurang, TAPI kita ada adab. Contoh yang boleh bagi manusia tu ingat dan pikiaq yang orang islam tu macamana. Ada jugak yang jenis 'syaitan' bila kita ni diam, dia lagi sondoi. Macam ni, jenis ni memang banyak sekarang. Dia nak suruh kita 'bertumbuk' jugak dalam bercakap, senang kata dia macam ni "Aku dah berdosa, aku akan tarik ang sekali." Bukan aku tak pernah hadap jenis ni, ada yang sampai korek masuk profile facebook aku, ambek gambaq family aku dan sound aku "bang, bodoh tu jangan ajar pada family sekali!" Yang sound aku tu pun orang melayu which is ISLAM. Sangat memalukan! Gila punya cara punya nak cari point nak malukan aku bagi orang lain nampak dan baca. Nak kata aku marah? Tipu la kalau aku tak marah sebab tengok cara mamat tu sampai sanggup 'stalk' profile aku dan cilok gambaq family aku semata nak kata lebih kurang hanya pasai cerita politik? Cara puak ni buat memang dah sama level yahudi, even Nabi SAW pun dah sebut dah pasai perkara ni. Depa masuk lubang bewak pun kita akan ikut, tengok cara yahudi zionis dok ejek palestin, tengok cara nasara dok 'roast' orang islam, ada beza ka? Pakai otak, pikiaq sendiri. Ni dok jadi bongok, tunjuk hero kat media sosial dapat apa? Pasai isu politik ang nak malukan orang? Jangan buat pasai, Hari ni ang malukan manusia tu kat ramai orang, ang bukak aib dia sana sini sampai benda jadi viral kelak kat 'sana' (Mahsyar) Allah malukan ang, silap² DIA letak ang dibelakang Abdullah Bin Ubai, baru ada akai. Dalam Qur'an mungkin tak cukup kalamullah tu sebagai amaran, sebab manusia tu belum MATI lagi padahal dia tau dah yang dia akan MATI satu hari nanti. Allah tunjuk 'contoh' yang nyata, yang mula ada akhirnya, yang muda akan tua, yang sihat akan sakit dan yang hidup akan MATI. Tak cukup lagi untuk buat manusia tu pikiaq mana elok, mana tak elok? Allah dah bagi kita ni cukup banyak nikmat DIA untuk kita rasa tapi DIA buat syarat mudah, ikut DIA punya 'law' untuk kita patuh, kita ikut, kita taat. Ada yang peduli? Ada yang amek port? Ada yang ikut? Kalau ada, kenapa manusia hari ni, terutama umat islam tu sendiri perangai dan sifat dah tak macam orang islam eh?