Aku Zaidi: REMASTERED

Alhamdulillah, Hari ni masih lagi aku dok bernyawa dan masih lagi DIA bagi muka kat aku.Terasa malu dan segan asbab dosa² yang dah cukup banyak aku buat dalam dunia ni sejak aku keluaq dari perut mak aku sampai la hari ni, Dan DIA still bagi aku masa dan peluang untuk jadi lebih baik dari sebelumnya, Insya'Allah.Banyak ilmu yang aku dapat malah belajaq dari kesilapan lampau, But this time aku tak mau nak ulang lagi benda² gila yang pernah aku buat dulu.Moga² DIA bagi aku kekuatan dan mudahkan segala urusan aku dunia dan akhirat, Amin.

Aku rasa masanya dah tiba untuk aku upgrade blog lapuk ni.Sementara dok ada lagi peluang dan sebelum aku pejam mata untuk selamanya, aku nak polish balik posting² dan draft yang cukup lama aku simpan dan tak pernah release but with new look, New trendy.Pendek kata aku nak remastered, dengan adanya AI ni senang sikit aku nak kekalkan gambaq² lama but with enhanced and new style.Lagipun bukan ada sapa yang nak baca asbab aku buat blog ni private untuk diri sendiri, tapi tak tau la kot ada yang dok search kat google terjumpa blog aku ni, You're lucky.Blog ni umpama my precious gem, which aku simpan banyak cerita pribadi, luahan hati aku, my struggles dan macam² cerita.Walaupun dulu aku ada sahabat dan kawan untuk meluahkan, but it's different now.Sometimes you can expose everything, like your private matter or privacy life issues or whatsoever to your most trusted friend.Malangnya bukan semua lidah yang boleh simpan your secrets, and yet here i am.Aku pilih untuk jadikan suara aku dalam bentuk tulisan dalam blog ni.People changed, I understand that dan aku tak mau nak tuding kat sapa² lagi but myself.Its my fault sebab salah tempat, salah timing apa lagi salah orang and it's always gonna be me.Gotta go, Banyak benda yang aku nak mula buat, Better off this way to make myself busy with something that i really do enjoy doing it.

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama