Bila kita terlalu baik, pasti ada jiwa yang mula nak amek kesempatan.Aku memang tak boleh nak lari dari hadap benda macam ni.Sentiasa akan ada, kot mana pun akan tetap ada.Lebih² lagi bila mai bab orang mintak tolong or dalam kesusahan, aku akan tolong but aku takkan mintak balasan sebab aku paham konsep 'tolong' tu apa.This is not give and take, NO.Semalam, secara sukarela aku cuba amek bahagian macam biasa dengan edit gambaq dalam group kat fb tu but aku agak terkilan.Aku tak mintak upah pun tapi dia sendiri yang nak bagi so aku besaq hati.Malangnya cara dia bagi tu seolah macam menghina aku.Memang aku agak terasa, bukan sekali dua kena benda ni.Ya, aku faham.Manusia akan kata "At least dia bagi, its better ada dari takdak is it?" Lazimnya lisan manusia hari ni.That's normal but macam ni ka caranya? Better jangan bagi terus kalau niat tu seolah nak menghina hasil seni aku lagipun aku tak letak harga apa lagi mintak apa² in return.Aku cuma nampak bila orang sebut 'mintak tolong', so i will do what i have to do, that's all.Aku tak mau benda ni disalah faham, cuma aku tekankan disini yang aku agak terasa hati dan terkilan.Bukan niat nak buka aib manusia sesuka hati aku.Aku ni manusia yang ada perasaan, yang ada rasa.Bila dicubit dah tentu rasa sakit tu bukan? Apa lagi kalau lempang? Sekurangnya aku bersuara dalam zon aku sendiri, bukan melalak dalam media sosial.Dalam blog ni saja tempat aku lepaskan suara aku, segala apa yang disimpan dalam hati aku, kat sini saja la tempat aku meluahkan.Nak luah pada manusia hari ni pun aku kena pikiaq DUA atau TIGA kali, Manusia hari ni bukan lagi macam dulu.Even ang ada bestest friend pun belum tentu dia mampu pegang keramat amanah kita.
Apa yang buat aku terkilan sangat? Inilah ceritanya yang aku pernah hadap sejak dari DUA tahun sudah.Jenis ni memang kerap aku jumpa, itu belum lagi cerita hal 'demanding' apa lagi memaki hamun aku hanya kerana sekeping gambaq digital, But semalam cerita lain sikit.Bayaran upah bagi sekeping gambaq yang aku edit adalah RM1.00, You heard that right, Seringgit! Bukan jumlah yang jadi asbab buat aku 'melompat' sebenarnya, No! Tapi benda ni buat aku terasa, seolah menghina hasil tangan aku.Let me be clear again, Aku edit gambaq dia ni pun aku tak mintak sekupang pun apa lagi nak letak harga but bila dia sendiri yang dah 'offer' nak bagi, Aku besaq hati and in the end this happened.Why RM1.00? Kan lebih elok kalau tak bagi terus? Mana la aku tak terasa hati? Terus termenung dari semalam.Dok pikiaq kot ada yang tak kena dengan hasil tangan aku? Tak elok? Aku boleh adjust PERCUMA! No payment needed at all but why RM1.00? Why is that? Aku jadi biol, jadi dungu, punya dok layan menung cari mana salah aku yang dah buat manusia ni bagi aku upah RM1.00 untuk satu karya seni digital.Maybe depa ingat aku pun sama naik harapkan 'AI' 100%? Because nowadays memang 'AI' dah bunuh original artist & graphic designers.Lani sapa pun boleh edit, cara dia mudah dan cepat.Instant money within a seconds, Just masuk gambaq then taip prompt and you're done.If aku pun jenis 'kaki' instant macam ni, why on earth aku buang masa dengan study photoshop? For what if aku tau 'AI' boleh buat semua then kenapa masih lagi aku nak susah² guna photoshop? Sebab aku ni pencinta seni sejak dari kecik.That's the real reason aku masih berada dalam bidang ni.Masih gamak aku nak hadap even perniagaan kecik aku pun dah kena sabotaj, dijahanamkan pihak tertentu asbab dengki dan perbuatan khianat manusia.Aku still move on and standing still, bukan sebab duit but for the sake of love for arts! Pada masa yang sama tak salah rasanya aku buat benda ni sebagai mata pencarian aku yang halal bukan? Entah la manusia, aku ni kerap diuji dengan benda² macam ni.Terkadang rasa macam dah lemah longlai kedua kaki nak berdiri dan hadap hal yang sama.Aku tak suka nak kacau hidup orang lain but aku sentiasa jadi tumpuan mata² jahat manusia yang berhati hitam.
Dulu ada yang sampai buat onar, fitnah aku.Ada yang ejek, kata lebih kurang konon aku ni boleh hebat pun sebab guna 'AI' ja, Every single day mostly memang akan ada ja puak² yang tak senang dengan seni aku until one day tu aku sendiri 'angkat kaki' and leave dan tak lagi join mana² group terbuka.Bukan asbab aku takut nak hadap or lawan balik, but aku beralah.Muak nak bertekak dengan manusia jenis ni, buang masa dan buat hati aku jadi keras.Tak pasai ja nanti aku pun jadi serupa tu, Aku lebih suka dan selesa menyendiri.Diam adalah solusi terbaik untuk aku meskipun teruk aku dihentam walaupun aku dah undur diri.Aku ingat dah abeh but still wujud sampai hari ni puak ni dok 'attack' aku.I can't hide or run forever, kot mana pun memang terpaksa hadap but this time with low profile.Ramadhan tahun ni memang boleh kata lebih teruk sikit dari tahun lepas sebab banyak manusia dah mati adab.Lain la kalau orang bukan islam yang buat 'havoc' but no, menyedihkan bila orang islam sendiri yang dah mencemarkan bulan mulia.Aku memang terasa kesan dia, Cuba selak media sosial especially threads tu.Port paling jijik dan sangat kotoq gila dengan penulisan manusia² yang dah mati hati.Bulan² posa pun boleh lagi nak bukak aib org? Aku tak tau nak cakap apa lagi bab ni but apa yang aku perasan dan rasa, Ramadhan tahun ni memang lebih teruk sikit berbanding tahun lepas.Orang islam dah tak serupa orang islam lagi dah...