
Biasanya bab umahtangga ni, Orang laki lebih banyak disalahkan berbanding orang pompuan.Manusia zaman lani pun biasa la, Suka letak hukum tanpa tau apa kepala punca.Aku dah biasa tengok komen² sampah ni dalam facebook, Twitter, Threads, Instagram bagai.Keja dok kecam maki orang tak tentu hala, Lebih² lagi hal pasai laki bini cerai.Masing² dok letak hukum, Berhujah konon benda tu tak betoi buat itu dan ini padahal sat aku nak tanya, Ang ada kat tempat dia ka? Ang tau apa dia rasa? Ang kenai ka dia luaq dalam? Ang sapa dengan dia? Memang ang ni 24 jam ada dengan dia ka macamana? Kalau rasa nak komen yang toksik, Better diam.Kalau tangan tu gatai jugak nak komen ngata, Istigfar dan doa yang baik².Ada apa salah? Paling teruk, Yang dok komen tu semua orang melayu, Islam! Apa nak jadi aku tak tau la.Malu aku tengok bangsa aku jadi makin nazak macam ni, Malu! Cerita orang lain kita nak sibuk, Nak tuding dan cari salah.Apa dia semua ni? Aku pun ada jugak masalah rumahtangga aku sendiri, Tapi untuk apa nak pi cerita kat facebook bagai? Nak bagi orang kesian kat kita? Takdaknya orang nak kesian pun aihh, Lagi teruk orang nanti kata ada la.Benda nanti bunyi belakang kita, Mana kita tau.Aku, Bila ada berselisih dengan isteri, Memang aku banyak diam dan berkurung.Abeh kuat, Pegang sejadah jalan.Dari dok ngadu kat media sosial, Better cerita kat DIA.Aku tau, Terkadang kita nak ada seseorang yang boleh jadi telinga untuk dengaq luahan kita tapi cukup la, Aku dah buat silap sebelum ni.Bila kita pun dok ikut sangat perasaan, Dok melayan sangat kesedihan tu sampai kita pun tak sedaq yang kat sapa kita bukak segala cerita dalam rumah kita.End up, Kita yang malu sebab kisah rumahtangga kita yang selama ni kita punya dok pulun jaga, Orang boleh tau.Dari satu mulut ke satu mulut lain, Macam tu la seterusnya.Tang situ la nanti mula segala bana fitnah aib nanti keluaq mai sampai orang sumbat cerita rumahtangga kita dalam media sosial.Sini la nanti mula segala kecaman dan hukum hakam dari manusia² yang berlidah puaka dari kotak komen.Aku ni tak suka cakap banyak, Lebih suka diam.Nak cakap lebih², Tunggu saat bila berdepan dengan DIA.Baik buruk aku, DIA saja yang menghakimi.Manusia memang tak layak nak hukum melainkan hukum diri sendiri!