
Bukan niat nak kecikkan ciptaan Allah apa lagi nak buat lawak, Cuma kadang benda ni buat aku mengelamun kelaut.Manusia ni satu makhluk yang DIA ciptakan cukup complete, Semuanya
serba lengkap.Ada mata, Boleh tengok itu dan ini.Ada tangan, Boleh buat itu
dan ini.Ada kaki, Boleh jalan dan berlari kesana kesini.Ada hidung yang
boleh tarik bau apa lagi bernafas untuk terus hidup.Ada mulut, Lengkap dengan
lidah dan gigi.Boleh mentekederr, Mengunyah, Apa lagi bercakap.Ada
telinga, Boleh dengaq suara orang, Suara tv dan segala bana bagai la dan
yang paling aku heran, DIA bagi otak pada tiap manusia, Malangnya otak yang DIA bagi manusia dah salah guna, Apa hal? Kenapa macam tu? Fungsi otak ni bagi aku dia bagaikan main
switch.Pendek kata senang nak bagi paham: Misalnya nak mula buat sesuatu, Yang mana sampai dulu? Tentu la otak mat.Mustahil la kalau nak buat satu benda tu ang tak pikiaq dulu ya dak? Kot mana pun akai dulu, Baru keja
jalan.Pernah dengaq dak bila orang marah² dia akan sebut "Woi cakap tak pakai otak ka?" Kan? Haha!
Itu la benda yang aku nak habaq bagi.Manusia ni ada otak, Tapi failed to use it properly.Dia mai taufan head strong ni memang skupang tak guna.Bila dah panik, Marah, Sedih, Sendu sebak
bagai, Pastinya akan ada satu benda bodo yang dia akan buat, Lain la kalau dah gila, Itu lain cerita.Time marah, Memang caci maki saja akan keluaq dari
mulut.Cakap memang kaw² kasi hantam mencarut keturunan semua abeh dia qawit.Masa marah tu mana otaknya? Apakah ia berfungsi? Time sebak sendu
pulak, 1st love kondem.20 years in the making, Love story end up dikebas
orang, Then nak telan racun, Lompat jambatan, Terjun bangunan bagai.In
short, Kira suicide la.So,Again..Apakah otaknya berfungsi saat itu?Dak
kan? That is the main switch for the whole thing in our human body.Aku
yang bercakap ni pun sama ja.Bukan nak tuju kat sapa pun, Kalau ada yang
terasa.I'm so sorry.Aku cakap benda ni sebab aku pun penah buat benda² gila, Biasa la darah muda mudi ni bukan boleh lepa sikit.Bila marah sedih sendu bagai, Mai la dia punya gila but then otak tiba² macam takdak function.Buat keja semua jadi cincai, Cakap main lepaih ikut dan, Tapi bila renungkan
balik benda tu, Allah..Aku malu mat.Sekurangnya DIA dah ingatkan dan tegoq aku
melalui cara DIA.Lama mana nak gini? Sampai tua? Kot tak sampai tua, Dah mampoih esok baru nak jalan agaknya otak ni? Hakikat manusia.
"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah."
An-Nisa: 28
Kena
selepet kat muka sendiri, Tu pun aku masih ketegaq Adakalanya DIA
hantaq mai manusia² yang macam² sifat dan perangai untuk buat aku pikiaq dan yang penting amek pengajaran sikit.Ada yang
aku nampak, Ada yang aku tak nampak.Ada yang aku perasan dan ada jugak yang
aku tak perasan.Tapi aku serupa aku.Sedih bila terkenangkan dan tengok diri sendiri, Tapi
bila DIA hantaq manusia² yang bersifat macam firaun tu, Mula aa aku ni kira nak shoot ja padahal benda tu barangkali untuk tegoq aku, Buat aku
sedaq diri.Itulah benda yang kadang² kita nampak atau tak, Dalam sedaq atau dak.Asal marah memang ikut suka nak hentam kata merapu bagai.Bila sedih pun
sama ja keadaan dia.Aku kena lebih peka perkara ni sebab usia aku
pun dah kian senja.Kot esok lusa dah ke tanah, Satu sen tak guna
mat.Sekarang ni pun memang aku tengah bersedih atas satu perkara peribadi tapi nak kawal kesedihan tu saja yang jadi macam punca aku nak menjahanamkan
diri sendiri.Entah la nak cakap apa, Aku harap DIA sudi tengok muka hina aku
dan ampunkan aku.Dosa aku tak cukup satu buku mat, Tak terhitung kalau
nak kira balik ibarat kira bulu 'ghimau' atau kambing biri² nuh!