Serba Tak Kena

Rasa 'rimas' semacam,Nak kata 'down' pun ada,Sedih pun ada.Marah?Pun ada.Kenapa?Aku pun tak tau,Hati rasa 'tak sedap'.Benda yg paling aku tak suka,Tapi apa nak buat?Baik buruk itu Allah dah takdirkan.Aku kena bersedia dan macamana 'kekuatan' utk aku nak hadap.Wallahu'alam.Sejak dari semalam memang mulanya aku ada sikit² perasaan terkilan bercampur sedih sebab aku tgh usahakan sesuatu tapi tak ada sambutan.Yg ada hanya 'sabotaj'.Bab apa?Itu biarlah aku simpan dan kunci mulut lagipun benda mmg dah 'lama' aku perasan.Aku dah tak macam dulu,Dah malas nak bergaduh.Kalau nak, ambil saja.Aku beralah dan memilih utk 'lyin low'.Nak bertelagah macam dulu?Tak payahlah.Biarkan saja.Sikap manusia mmg lazim mcm tu.Akan ada saja tak kena d'mana².Nampak tak kena mmg teruk kena kecam,Kena hentam.Tapi kes aku ni lagi 'advance',Bukan kena kecam saja.Siap package 'sabotaj' utk jatuhkan aku.Dah rasa,Dah tgk,Dah nampak.Semuanya aku simpan segala 'screenshot' bagai.Biarkan dia buat sepuasnya.
Dunia hari ni bang,Ang kena deal dgn satu manusia yg mana kalau ang 'up' sikit dari dia,Ahh memang ang cari pasai.Padahal benda takda apa pun hanya mata manusia ni saja yg ada 'problem'.Pendek kata,Dia tak boleh tgk ang senang org lebih sikit dari dia.Haa macam tu.Ramai aihh perangai 'sampah' macam ni skrg.Ada kisah dulu jiran aku sampai kena 'mandrom' hanya kerana isteri dia lawa.Sampai bercerai berai kawan tu.Kesian tgk hari² si isteri 'meracau'.Si suami tu punya la bersabar melayan karenah isteri yang meracau halau suami dia keluar.Kadang terjerit² minta tolong sebab ada org nak 'rogol' dia padahal itu suami dia sendiri.Dia dah tak kenai dah laki sendiri.Satu hari tu aku nampak si suami ni lepak luar rumah sambil hisap rokok sorang².Aku keluar la dgn niat nak teman dia,Ajak borak agar dia tak la sunyi sangat dgn keadaan dia tu.Aku mmg tak mampu nak tlg tp sekadar duduk dgn dia dan memahami dia dah berbaloi bagi aku,Tapi bukan dgn niat nak selak kain org.Dia buka cerita itu dan ini,Aku ni dah sebak.Mata dok mai 'berkaca'.Aku hanya mampu suruh dia bersabar dan doa banyak² kat Allah.Doa manusia yg d'zalimi ni tiada hijab.Allah bg cash.Dia pun menangis jugak masa bercerita,Aku terkedu.Sebab tu la aku tau 'ceritanya' dan siapa manusia yg dah bersekutu dgn iblis tu.Tepuk dahi d'buatnya.Tak padan dgn tua gatai lagi?Aduh mak.Rupanya cerita dia satu 'org tua' yg dah senja dok gila kat isteri jiran aku ni.Allah! Itu la sampai bercerai akhirnya.Tak gila ka perangai manusia skrg?Sebab tu la kian lama,Kian menjadi 'kezaliman' tu pada zaman ni.Manusia tak kira apa dah kalau dia mau benda tu,Dia tak peduli dah walau tu bukan hak dia.Janji dia dapat dgn bantuan syaitan maka 'berjayalah' dia dapat apa yg dia mau kat dunia ni padahal yg menjadikan benda tu Allah tapi kena tau dan 'faham' jugak sebab apa benda yg nampak 'buruk' dan 'jahat' ni Allah tolong bagi jadi?Bagi manusia yg mintak tolong 'setan' ni,Habuan dia tau saja la apa dia kelak.Bukan 'gerenti',Tapi pasti sebab dia dah buat apa yg Allah larang yakni dia dah 'sekutukan' Allah dgn yg lain.Ujian utk dia dan bagi yg dok kena benda ni pulak,Barangkali Allah tau yg dia 'kuat',Allah syg so Allah bagi jadi benda ni asbab nak duga dan uji dia.Simple bg yg 'berakal' dan boleh pikir.Ada satu surah,Aku petik dari Al Ankabut ayat yg ke-2:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?  

Benda boleh fikir,Sebab tu aku pun tak melayan sangat.Benda 'pernah' jadi kat aku sebelum ni dan sampai hari ni masih ada 'kesan' tu.Aku maafkan 'dia',Urusan 'dia' dgn aku d'dunia sudah selesai cuma 'dia' dgn Allah saja kat sana nanti.Kita semua akan MATI dan lepas MATI kita nak hadap DIA pulak,Masa tu masing² la terbayang terketar bagai dgn apa yg dah d'perbuat kat dunia dulu.Kalau rasa boleh 'berhelah' dgn DIA esok ni,Silakan. 

 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama