Kenapa Dan Mengapa?

Aku ni bila mai dok duduk saja, Rokok tu tak payah habaq la.Tarik sebatang, Sedut la asap toksik tu sepam dua dan layan menung pastu mula la nak termenung pikiaq bagai.Ni apa cerita pulak? Pikiaq apa lagi? Dok pikiaq bila dan kat mana nanti aku mati dan cara macamana? Risau bila dok ingat benda ni.Tiap hari dalam kepala.Tiap hari pikiaq, Satu hari otak ni tak penah berhenti pikiaq bila nak mati? Allah dah tetapkan takdirNya pada tiap manusia kan, Kenapa perlu risau sedangkan Allah bagi aku hidup dalam agama yang DIA redha yakni islam.Sekurangnya ada jaminan untuk aku masuk syurga DIA.What? WOW! Dengan rasa tak malunya aku berangan nak masuk syurga DIA??? Padahal cara hidup langsung tak melambangkan gaya hidup dalam islam.Really? Dalam dunia dosa pun berbukit, Apa lagi nak hitung seluas lautan?? Jangan perasan la.Aku ni masih tak sedaq diri lagi agaknya.Dosa dok bertimbun, Mulut tak reti nak jaga, Buat benda pelik² dengan tak dak rasa malu abeh kata ahli syurga? Pala otak! Jaga diri sendiri dulu d, Baru tengok orang.Sendiri pun dok senget, Lagi mau cakap orang ka? Tu la, Terkadang aku ni bukan boleh nak tahan lidah ni, Geram jugak sesekali tu dok tengok ahli² dunia ni dok buat keja tak guna pedajei orang lain.Rasa macam nak mencarut, Nak maki ja tapi aihh..Tak tau la, Boleh ka aku ni menahan diri dari dok tengok manusia lain dok buat salah padahal aku ada hak untuk tegoq dia? Aku kena ingat, Tiap benda yang jadi tu adalah satu Rahmat, Hikmah yang barangkali Allah dok tunjuk, Nak uji atau tegoq aku.Tiap kejadian tak kira mana aku ada Allah sentiasa dok tengok.Cukup la masa muda dulu dah banyak kot aku buang masa dengan benda gila apa lagi yang sia².Dengan dunia yang dok mai sakit dah ni, Dah makin banyak manusia yang hilang petunjuk apa lagi akhlak, Pelbagai macam cerita dan perangai punya dok ada, Adab dan rasa malu pun dah kemana hala, Patut ka aku lompat sekali?
Aku masih waras, Otak pun elok lagi bukan nyanyok dah.Sekiranya ada manusia tu buat naya kat aku, Kat situ Allah tunjuk.DIA bagi ang dua jalan.Buat naya balik ka, Atau maafkan saja? Wah! Nak maafkan? Then nak suruh aku diam ja supaya dia boleh ulang kali buat naya aku hanya sebab aku diam? Macam tu? So aku nak buat apa? Balas balik? Itu la hikmah yang kita tak nampak benda yang DIA bagi.Tiap benda jadi mesti ada sebab, Bukan saja² ja DIA nak buat hamba DIA sakit macam tu.But kot mana pun, Manusia yang dok buat naya atau pedajei manusia lain, Kena ingat.What comes around,Goes around.DIA Maha Melihat, Aku yakin dengan apa yang DIA buat semuanya ada asbab dan bukan saja².Lagipun aku ni dah tua, Diam itu pilihan terbaik meski hati ni memang ada rasa serupa nak hamput ja balik, But aku percaya yang DIA dok perati semua.Diam dan maafkan saja, Biaq ja manusia tu buat apa yang dia nak buat sampai dia puas hati.Tapi kalau dia pilih untuk bertaubat dan meminta maaf, Itu lebih baik bagi dia tapi kalau dia pilih untuk carry on dengan kejahatan dia, Maka tunggu la nasib dia sampai masa yang bila Allah kata habeh, So time's up.Bagi aku better dengan amek jalan untuk diam itu barangkali lebih elok.Tak payah la kot rasanya nak termakan hasutan setan ni, Esok nak masuk kuboq yang nak kena smackdown! pun aku jugak.Sedih? Memang ada dan agak terkesan adakalanya, Sebab makin hari, Makin teruk aku dok tengok perangai dan sifat manusia masing² ni.Hairan kenapa masih ada yang suka dok buat benda yang tak elok padahal ada masing² ada pendirian agama yang dah habaq semua benda.Halal haram dah tak kenai, Haq dan batil pun dah mixed up, Sanggup apa saja janji dapat walau benda tu salah, Manusia awam atau umum yang tak tau apa dalam agama tetiba boleh berdebat dengan para ulama apalagi mencaci maki, Hilang rasa hormat masing², Dah takdak adab, Menyamun, Bunuh dan rogol, Dan yang paling aku benci, Ilmu hitam untuk menjatuhkan satu sama lain.Benda ni buat aku termenung jauh, Sebab aku dah penah kena dan hadap.Hingga hari ni masih ada lagi kesan benda tu pada aku.Perlu ka ang buat setan tu jadi kawan ang semata nak jatuhkan org lain? Ahh kira apa, Janji aku nak dia mampoih baru puas hati.Kalau dia mampoih pun, Ang tak mampoih jugak ka satu hari nanti? Bodo punya manusia! Err sori, Teremosi pulak hihi.Katakan la orang yang dok selalu menyantau orang lain ni, Dia yang mati dan bila dah kedalam tanah tu,  Sendiri bayangkan la apa habuan dia.Allah dah larang benda ni sbb SYIRIK! Kalau buat jugak itu dah kira berani lawan Tuhan dah la.Jawab sendiri kat sana.
Entah la, Dunia ni seolah dah tak boleh nak tahan dan tampung dengan kezaliman, Kejahatan apalagi kekejaman.Dah tak seperti dulu.Aku mula dok terasa bahang negatif yang hitam tu semakin banyak dan makin memenuhi ruang muka bumi.Gamaknya tunggu saja la saat tibanya hari yang Allah janjikan tu kelak.Baru ada yang nak angkat tangan doa, Baru ada yang nak pegang Qur'an dan sejadah, Baru ada yang nak berbaik dan minta maaf, Kenapa mesti at the end of time baru nak jalan semua tu? Kenapa? Aduhai manusia.. 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama