Gelisah Yang Menjadi

Balik umah, Hadap tingkap then merokok.Itu la aku, Lain takdak.Rutin yang biasa bagi aku lepas balik keja, Otak memang hari² berpusing.Nak kata pikiaq pasai keja, Itu biasa la.Nak kata pikiaq pasai diri sendiri pun ada jugak, Tapi aku ni dok risau semacam.Aku pun tak tau pasai apa, Barangkali pasai berita² yang aku baca tu kot? Dalam banyak news yang aku baca, Cuma satu berita tu ja yang tarik perhatian aku.Virus yang konon dok merebak cepat kat china, Apa nama ka virus tu aku dah lupa sebab aku tak baca abeh, Agak sibuk semalam dengan keja.Yang aku sempat baca, Virus tu merebak cukup cepat.Bila sebut pasai benda ni, Dari dulu memang ada kes yang sama sampai ada orang mati kena benda ni.Mungkin benda ni kot yang buat aku pikiaq tak abeh, Agaknya? Ya la, Dah la merebak cepat, Maunya dia sampai sini tak ka naya aku? Dah la aku ni dok keja elok, Kalau virus ni sampai sini macamana cerita dia tak tau la.Aihh, Entah la.Lani macam² dok jadi.Dunia pun makin mereput, Dah terlalu tua nak tampung beban manusia ni semua.Bumi rosak disebabkan tangan manusia tu sendiri, Bila dok ada hutan elok depa pi tebang bagi jadi rata.Alasan? Nak buat pembangunan ekonomi bagai padahal dah rosakkan sistem fauna, Alam semula jadi dihapuskan.Mana la bumi ni tak terbatuk kahak? Hutan dia bagi rata, Dia buat kilang then sisa pembuangan tu dah bagi kesan pencemaran.So sapa yang nak kena sisa toksik tu kalau bukan manusia? Naik serabut pulak pikiaq, Dah la.Aku nak lena sat, Malam keja lagi.Moga² Allah mudahkan urusan aku dan lindungi bumi ni dari terkena sebarang benda² yang buruk, Wallahu'alam.

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama