Usia Yang Ditelan Masa

Tiap hari tak pernahnya aku tak layan menung, satu hari ada dekat DUA atau TIGA kali dok menung jauh.Pikiaq apa? Macam² ada dalam kepala, paling utama soal mati.Pejam celik ja aku dah masuk FOUR series which aku dah 40'an! Masa ni bukan masanya nak main² dah, masa yang aku mau dok standby.Anytime DIA boleh bagi aku tumbang, dengan badan aku yang pelan lama pelan dok meragam sana sini.Aku ni pulak jenis tak suka nak menepek kat hospital, kalau sakit haa lantak.Aku nanti peram penyakit tu dengan tahan ja, tarak nak telan ubat bagai.Tebiat merokok plak makin dok gila, masa tidoq aku dok berjaga.Siang jadi malam, malam jadi siang.Itu la aku sampai lani, otak tak mau berenti langsung pikiaq.Dalam kepala ni entah apa yang ada sampai aku sendiri tak boleh nak kawal bila otak mula pusing pikiaq.Aku keliru, macam² rasa dok ada.Takut, risau, gelisah, buntu dan macam segala bana semua la.Abeh kuat, kena sebatang baru dia cool down sat.Aku sendiri pun tak boleh nak handle otak aku, dia punya serabut macam angin taufan yang dok memusing tu.Aku ni cukup senang kalau nak mula pikiaq, tengok muka sendiri kat cermin pun dah cukup untuk buat aku termenung dan mula pikiaq panjang.Maunya tak pikiaq, bila dok perati muka sendiri dah ada keputihan kat janggut, kat kepala.Tau kan apa maksudnya tu? Tanda yang DIA bagi suruh aku get ready.Masalahnya dah ready ka aku ni? Perangai pun dok serupa tu jugak.Entah la, barangkali aku terlalu pikiaq sangat bila saatnya DIA mai amek aku.Benda buat aku pi jauh sangat, macamana saatnya bila DIA mai jemput? Masa aku tengah seronok ka? Masa aku tengah lupa ka? Masa aku tengah dok buat keja ka? Allah..Buat aku tersentak, terkedu tak tau nak kata apa.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama