
Tiap pagi bila balik keja, si bulus ni gerenti ada bawah flat.Kadang time aku nak pi keja pun dia nanti ada siap dok sedap lena ataih moto aku, tak tau la sama ada dia ni ada tuan ka dak, kerap sangat nampak budak itam ni.Pagi ni pulak aku lupa nak beli wetput kat dia, tengok la malam satgi ka, kedai pun tak bukak lagi nak beli kat dia ni makan.Takkan aku nak bagi dia makan roti canai? Tapi sebelum ni aku perasan jugak selalunya nanti ada satu awek bertudung hitam yang dok bagi depa ni semua makan.Kerap jugak la nampak awek tu but waktu pagi ja, memang time aku balik keja ja awek misteri bertudung hitam tu nanti ada siap kat tempat park moto dok bagi makan kat bebudak ni semua.Berselisih dengan dia dah banyak kali dah, sama² dok bagi makan kat kucing² bawah flat ni cuma tak bertegoq ja la.Ada jugak la dia dok senyum² kat aku tapi aku macam biasa la dengan muka ketat serupa tu jugak, apa yang aku perasan dalam seminggu dua ni aku dah tak nampak dia dah.Ni la sebabnya yang aku tetiba nak menuleh pasai awek bertudung hitam ni.Kenapa aku nak libatkan dia dalam blog aku pulak? Ada sangkut apa ka? Dak pun cuma lepas dari dia nampak aku dengan si M la kot rasanya kat astaka bawah flat tu, masa tu aku dok makan, dok isi perut sebelum nak pi keja.Memang aku nampak dia dengan sorang pompuan tua, mak dia la kot? Wallahu'alam.Dia nampak aku dan aku pun perasan benda tu sebab aku sempat tengok dia jalan lalu depan kedai yang aku dok sedap melantak tu.Sejak dari malam tu la aku dah tak nampak dia lagi mai bagi makan kat kucing² macam kebiasaan waktu pagi bila aku balik keja, nak masuk dua minggu dah kot rasanya aku dah tak nampak langsung kelibat dia.Kawan merajuk ka atau patah hati sebab nampak aku dengan si M? Bukan aku nak perasan yang aku ni segak tara mana, cuma awek bertudung hitam ni kalau nampak aku balik dia pun macam excited sikit.Boleh kata dia macam seronok la senang cerita, benda ni la yang buat aku dok terpikiaq sapa dia la budak ni.Ah lantak la, dah pukoi 9 dah.Aku mandi pun dak lagi, satgi nak lena mula la guling sana guling sini dah tu buat gila sampai umah terus hadap komputer hanya semata nak tuleh pasai awek bertudung hitam, dah tau kata malam ni nak keja lagi, syempoi boshhh..syempoiii.. 😑