Something Went Wrong?

Dua tiga hari ni, Aku memang sibuk sangat.Rasa heran pun ada, Pelik tengok manusia punya ramai yang masuk keluaq hotel.Biasa bukan macam ni, Kalau time peak atau weekend tu ada la tapi kali ni lain sikit sebab hotel penuh, Which full house.Awat tiba² ja? Pelik aku.Aku tanya partner dan co worker yang lain kot ada tour mai tiga bas ka apa, Depa pun tak tau yang aku tau depa habaq dalam 3 hari ni saja ja memang full booking tapi bukan dari tour atau group.Ini memang tersangatlah pelik, Ahh lantak la.Aku pun malas nak pikiaq sebab hari ni aku cuti, Aku tak mau balik rumah sebab nak lepak hotel ja.Nak bagi ruang untuk kosongkan kepala otak yang dok penuh ni.Serabut dan serba salah dengan dua manusia yang mai serentak dalam hidup aku.Ni la aku bila kepala dah penuh, Memang tak rasa nak balik rumah instead aku book bilik, Bawak laptop aku dan buat keja sendiri.Tak kacau sapa pun, Hanya aku dan aku saja.Kalau balik pun lagi sakit kepala dengan bebelan mak tiri aku yang tiap hari dok melalak kat pak aku.Ini pun kira nasib aku dapat bilik sebab last room yang ada, Hotel pun dah full house so aku tak tau apa cerita yang buat hotel jadi penuh dua tiga hari ni.Sampai lani dok pikiaq, Pasai apa? Apa kes? Apa jadi? Selama keja sini aku tak pernah tengok hotel penuh bila normal day.Selalunya peak atau weekend ja yang akan penuh, Itu pun akan ada jugak baki tiga atau dua lagi bilik kosong but this time memang satu pun tarak! 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama