Apa Nak Jadi Lepas Ni?

Dah berapa bulan aku kat umah mak asbab sakit aku yang dulu tu buat hal balik, mak susah hati tengok aku.Sakit yang aku dok hadap ni sat dia naik sat dia turun.Sampai bila? Mungkin sampai mati.Entah, aku pun tak tau macamana nak cerita sakit yang aku dok hadap ni.Masa dok stay dengan pak aku, memang terasa macam ada gangguan.Susah nak ibadat, susah nak lena sampai terganggu keja aku.Tak cukup tidoq, bila pi keja selalu mamai, mengantok bagai.Masa aku keja hotel traders dulu pun macam tu jugak sampai aku pengsan dalam bilik guest pagi tu.Kena warning letter konon aku pi lena dalam bilik orang padahal aku tak sedaq apa pun dan macamana aku end up lena dalam bilik orang pun aku tak ingat apa².Waktu malam bila nak lena, dok terasa macam ada benda yang dok perati aku, bayang la, apa la, bunyi pun ada! Benda ni dah bagi kesan dalam hidup aku dan memang dah cukup lama aku tanggung.Kalau orang tengok luaran aku pun depa akan kata aku ni steady lagi hakikatnya DIA saja yang tau apa aku rasa.Ilmu hitam? Itu memang aku tak nafikan sebab aku ada sejarah kena benda ni dulu.

Sapa punya angkara? Buat masa ni aku tak mau nak tuding mana² manusia meskipun aku tau sapa manusia mana yang dok berdendam dengan aku dulu.Bukti? Aku ada tapi biaq Allah jadi hakim, aku ni sapa nak hukum makhluk? Setakat terlanjoq kata dengan maki ja aku mampu bila dah marah kan.Itu biasa la, mana punya manusia tak marah ang kacau life dia? Tapi kot mana pun aku salahkan diri sendiri, tak perlu kot aku nak marah atau salahkan depa.Aku pun ada benda yang aku buat tak kena jugak kan? Semua ni dari DIA, dah DIA nak bagi aku rasa benda ni sapa boleh halang? Ada hikmah dibalik apa yang jadi.Dah lama sangat aku stay umah mak aku ni, rasa macam aku dah susahkan mak.Aku nak balik nanti umah pak aku tapi kena la tunggu masa ni, tengah pikiaq nak keja dan nak buat hidup sendiri tanpa susahkan mak atau pak aku lagi.Sampai bila aku nak lagu ni? Ya Allah, kuatkan la aku.

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama