Aku ingat nak tulis novel bersiri, dok belek segala nota² dalam dalam laptop ni.Tak tau nak pilih mana satu sebab nak mula tulih ni memang akan jadi masalah.Otak nak kena jalan, kena pikiaq intro cerita macamana.Nak kena dengan tajuk baru feel, bila dok qalit dengan laptop ni otak aku dok pi kot lain.Aku masih dok ingat kes budak yang kena shoot bawah flat pak aku tu.Apa hal agaknya dia kena tembak? Kenapa? Pasai apa? Ahh sudah, dia mai kesitu pulak, ini yang aku meluat bila nak buat keja ja mesti ada ja benda yang tak patut aku ingat ada dalam kepala.Nyampahnya macam ni, amek earpiece masuk sumbat telinga dan layan lagu dengan full volume, siap kopi o kat sebelah dengan rokok yang dah siap kat tangan tapi masih tak boleh nak stop pikiaq pasai nasib yang menimpa budak tu.Rasanya aku kenai dak arwah tu? Wallahu'alam, aku tak tau la sebab nak kata ramai kawan kat sungai pinang tu dak la sangat sebab aku kurang nak bercampoq dengan budak² sana.Lebih suka melepak kat umah ja selalu, jarang nak keluaq pi melepak kat area umah pak aku ni kecuali bila nak pi surau or ada orang yang naik mai antaq tipon atau pc suruh aku repair.Itu ja la yang selalunya pun, kalau saja² nak lepak luaq umah tu dak la kot.

Entah la, aku malaih nak pikiaq meskipun benda ni dah mula buat aku risau.Ya la, pak aku dan adik² ada sana kot sebab depa dok sana.Sungai pinang ni memang hotspot setau aku, selama aku dok dengan pak aku entah berapa banyak kali aku kena tahan kat bawah flat.Aku nak pi kedai beli rokok tapi lain pulak yang aku kena hadap, time lif rosak lagi la teruk nak turun ikut tangga then kena tahan kat tingkat dua konon aku dok cari benda terlarang.Oi aku ni jahat, jahat jugak tapi tak penah terpikiaq nak amek benda gila tu! Yang polis² ni pulak suka main tuduh, tengok muka cengkung sikit ja terus nak urine konon tengok muka boleh tau kata aku mat gian.Punya celaka perangai depa ni kadang! Kerap jugak aku hadap puak² tak guna ni yang suka tuduh ikut suka hati.Satu hari tu aku balik dari surau kat tingkat tiga, pun kena jugak padahal baru balik surau! Sapa tak bengang bila kita dituduh mat gian? Geram aku!
Aihh tak tau la manusia oi, buat sakit kepala aku ja bila dok ingat benda yang takdak kaitan dengan aku cuma dah takdir jadi kat area umah pak aku pulak, tu yang buat aku pikiaq sebab risau.Maghrib pun dah dekat, yang aku pulak dok nganga dari tadi punya dok pikiaq benda² macam ni sampai aku jadi bingung nak mula tulih ka idak, adoi la.Elok sangat la aku tinggai sat keja yang aku nak buat ni dulu.Rilek apa ka sat nanti bila idea ada, kepala dah tak spin aku sambung lain.Kalau dok serabut jugak memang pakat nganga ja la.