Tahun Baru Dan Keuzuran Dunia

Bila mai tahun baru, angka pun akan berubah.Dari 2017 sampai 2018, dari 2018 sampai 2019 dan macam tu la angka silih berganti dan makin bertambah.Tiap tahun baru ni selalunya manusia akan celebrate, depa akan buat sambutan dengan cukup meriah, dengan bunga api bagai.Itu taklah aku kisah sangat apa lagi salah, Tapi apa yang buat aku pelik lani cuma kelaku umat islam zaman ni.Bukankah tahun baru bagi umat Muhammad dah disambut awai² lagi? atau aku ka yang dok duduk dalam era kuno dan dah ketinggalan jauh dengan zaman mainstream sekarang? Dengaq kata, ada ja bani melayu lani sebut kalendar islam dah tak relevan untuk kita ikut? Betoi ka macam tu? Bagi kita ni, umat islam sepatutnya dah sambut tahun baru lebih awai kalau nak ikutkan kalendar takwim hijriah, yakni kalendar islam dan kita dah pun memasuki tahun 1441.Kalau kalendar masihi memang 2019, ni la yang dok buat aku pelik lani.Patutkah aku peduli? Ya, sebab aku islam, depa pun islam.Tak salah kalau aku ingatkan, itu ja.Kalau nak celebrate ikut kalendar masihi tu takdak salah pun, suka hati ampa la.Cuma jangan sampai terikut² ja.Aku hanya boleh bagi nasihat sekiranya ada benda yang tak kena bila melibatkan hal agama.Bukan nak tunjuk aku ni hero agama kepala bana bagai, kalau aku salah, direct tegoq ja, bukan maki dan cakap lebih kurang.Aku cuma nak ingatkan, kita ni orang islam.Aku cuma risau sebab lani punya manusia dah tak serupa dulu.Islam yang sekarang dah nampak lain macam dah.Banyak yang taksub dengan benda² yang dibawak barat dan benda yang dah Nabi larang pun depa ikut hentam, dah tu sampai ada yang terikut² dengan cara orang kapiaq, Alahai...

Bukan la nak tunjuk baik, tapi ini la yang patut jadi ikutan umat islam,  wajar bagi kita ni (org islam) sambut tahun baru dengan doa.Tak tau la aku, Dunia makin tua, makin padat dengan kezaliman, kejahilan, kerakusan yang makin lama makin menjadi.Manusia jadi tamak, naik gila dok kumpoi cari harta, cari duit, cari nama, apa lagi kuasa? Apa saja sanggup buat dengan berbekalkan alasan nak hidup.Semakin lama aku dok ada dalam pentas dunia ni, makin takut pulak jadinya.Manusia dah tak kira apa dah, apa saja ada depan mata, depa sebat.Janji depa dapat apa depa nak.Halal haram tolak tepi sat.Apa nak jadi duhai umat?


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama