
Terkadang rasa menyesai pun ada sebab dah sangkut dengan benda ni, pasai buat aku tak lena malam.Orang lain pun layan game jugak, tapi takdak la sampai ke tengah malam but itu normal la.Biasanya kalau main tengah malam ni gangguan dia kurang sikit, feel nak main waktu siang ni satgi macam².Deni call la, detu panggil la, mood nanti kelaut dah.Aku dengan benda ni dah lama sangkut, awai masa aku umoq 13 tahun tu dah ikut geng lepak kedai tepi jalan.Bawah umoq lagi tu oi tapi dah ikut kawan punya pasai.Kenangan lepak kedai game ni, memang la seronok tapi polis selalu ja mai angkut yang bawah umoq.Itu yang kacau sikit, zaman dulu sanggup curi duit mak bapak punya nak perabeh kat kedai game ni.Cilaka perangai 😂 Zaman yang paling banyak mengimbau kenangan masa hingusan.Apa yang aku tak buat masa aku kecik? Punya la buaih, melilau merata.Jahat² aku masa tu, aku tak penah sentuh rokok walau geng ajaq sedut sepam dua.Aku mula merokok pun masa aku dah keja, tak salah umoq aku masa tu dah 17.Kira muda jugak la aku dah install penyakit dalam badan dan kali ni bukan sebab dorongan kawan, tapi diri sendiri.Aku merokok hanya kerana seorang perempuan, cehh! Lani nak nyesai pun takdak guna dah.Ikut hati sangat, habuan la.
Aku bukan nak cerita pasai perempuan, aku nak cerita pasai game.Otak ni bukan boleh, benda kecik dia nanti bawak aku pi kemana hala sampai nanti pikiaq macam².Aku ni pulak jenis suka dok pikiaq sangat, itu yang kadang sampai jiwa kacau.Ahh biaq la, kalau berkesempatan lain hari aku akan tuleh pulak kisah tu.Nak melayan FIFA 19 dulu sat apa ka sebelum lena.