
Bukan niat nak buang pun janggut ni, lagipun sunnah.Mustahil la kalau aku nak buang.No way man! Banyak benda dan kesedaran aku dapat.Sejak dok dengan mak aku ni, memang banyak gila benda yang ada dalam kepala.Dok pikiaq macam² terutama sekali hal bila nak mati.Dok menyesai tak sudah pun ada sebab terkenang dengan segala benda yang aku dah buat masa muda remaja dulu.Bila ingat balik semua tu, wah sakan sungguh.Seronok memang tiap hari, melilau sana sini, enjoi dan buang masa dengan kawan.Melepak tak kena time, tak kena gaya malah kurang beradap dengan mana² manusia pun, terutama sekali kat orang tua².Mana ada nak pikiaq bab mati ni, yang ada pun cuma endless freedom! Aku cuma nak hidup bebas, Nak buat apa saja yang aku mau tanpa ada sapa halang aku.Masa dok masih lagi belasan tahun tu, aku punya la berlagak serupa ayam masuk kampung berkokok dan mendabik! Derhaka? Tak payah cakap la, dah tentu ada.Tipu la kalau aku tak pernah kurang ajaq kat mak pak sendiri.Ni la jadinya kalau dah berkawan dengan orang yang tak berjenih, yang kawan² pulak perangai pun lebih kurang juah, bila penyangak dah jumpa penyamun, ang rasa?
Bila dah mai umoq 2's pulak, aku berlagak macam semua hal dalam dunia ni aku tau.Pantang kena tegoq, gerenti jadi debat dengan sapa saja yang cuba masuk line aku.Perangai buruk ni makin terbawak², makin menjadi! Sampai la masa yang DIA dah janjikan tu buat aku terhantuk.Hari ni, bila aku kenang balik semua perbuatan aku yang dulu tu, aku jadi malu! Teramat malu dan aku sendiri tak tau nak habaq macamana rasa dan perasaan malu tu sejak DIA temukan aku dengan satu manusia ni.Hidup aku dah turn ke 360 darjah.Tiap hari aku jadi takut, dok terkenang dosa lampau, selalu dok pikiaq mcmana kelak nasib aku kat sana? Apa aku dah buat? Apa aku nak jawab? Apa aku nak kata bila DIA tanya apa yang aku buat dengan umoq aku? Segala hak yang pernah DIA bagi dulu aku bagi kotoq! Aku abaikan segala benda yang DIA dok tunjuk! Anugerah yang DIA bagi pun aku buat halai balai! Apa yang aku nak jawab? Hari² lani aku kerap dok menung, risau? Ya, memang risau malah makin dalam kerisauan tu.Sesekali bila tengok balik muka kat cermin, terasa hina diri ni.Malu, dan sekali dua tu jugak la aku terbelek² janggut yang makin banyak keputihan dia.Mak aku pun dah tegoq yang rambut aku ni dah ada uban.Aku hanya diamkan diri, tunduk malu.Kekesalan tu memang dalam yang dah bagi aku kesan. 😔