
Hari ni? Aku seolah macam bangkai bernyawa.Kosong, apa pun takdak dah.Bila renung balik kebelakang, aku nampak diri sendiri yang tengah dok hentak kepala sendiri, seolah dok menyesai tak sudah dengan apa yang aku dah buat selama 43 tahun kat bumi Tuhan ni.Terkadang aku rasa aku ni dah macam 'give up' dengan hidup sendiri, dah berputus asa dengan keadaan aku sekarang.Tak macam dulu dah, semuanya 'hitam' belaka.Dengan kesihatan aku, takdak keja apa lagi mata pencarian, hidup bagaikan gelandangan, Apa lagi yang tersisa? Aku tau, Allah dah pesan yang jangan berputus asa dengan Rahmat DIA tapi apa yang aku hadap hari ni terlalu berat, bukan aku tak redha, bukan aku nak merungut.Aku takut nak hadap dan aku tak kuat.Dah la baru² ni kehilangan adik ipar yang sangat mengejutkan aku, lagi serabut kepala dibuatnya bila pikiaq.Aku dah tak tau nak buat apa, sebab tu aku selalu sebut dalam hati mintak DIA amek ja aku dalam tidoq.Banyak sangat perkara yang aku lalui ni semuanya sisi negatif, macam aku kata tadi, nak menyesai pun memang takdak guna seduit pun.Saat tengah menulis ni pun hati dok menjerit, meronta².Sungguh, aku sendiri dah hilang akal tapi dalam keadaan yang masih lagi waras boleh pikiaq tapi aku sendiri tak tau apa yang nak aku buat, solat? Bukan nak beralasan tapi bila saat dah ada atas sejadah, mata ni dah ke atas dan kebawah.Hati mula dok 'replay' benda² yang aku tak suka nak ingat then dia jadi serabut sampai ke otak yang akhirnya solat aku jadi sia² sebab tak tumpu pada DIA.Alangkah celakanya aku.Nama ja ada mursyid, tapi bila mai ujian macam ni aku dah lembik???? Wajar sangat la kalau aku ni gelarkan diri sendiri ni celaka, malu..sangat memalukan!