Lagi Berita Duka

Awal pagi tadi, dalam pukul 9.40 macam tu, aku terima panggilan dari mak aku yang sampaikan khabar duka yang adik ipar aku sudah kembali ke negeri abadi setelah LIMA hari bertarung nyawa kat hospital akibat pendarahan dalam otak.Arwah yang berusia 38 tahun, akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir lepas waktu subuh awal pagi tadi.Dua hari sudah memang aku ada pi ziarah arwah, dalam dua hari berturut² dan mendoakan agar arwah kembali pulih tapi Allah lebih sayangkan arwah.Aku agak terkilan asbab tak sempat nak beraya dengan arwah asbab kesihatan aku yang tak boleh nak bangun pada raya pertama.Biasanya memang malam raya aku sampai dah rumah mak aku, tapi raya tahun ni buat kali pertama aku langsung tak sarung baju raya sampai kesaat ni.Masa nak kebumi arwah pun aku tak dapat nak pi sebab kaki aku dah tak boleh nak angkat, terlalu sakit.Masa pi hospital dua hari sudah memang dah terasa sakit tu sebab terlalu lama berdiri dan jalan kesana, kesini.End up, aku hanya hantaq isteri aku sebagai wakil untuk hadir.Arwah selamat dikebumikan ditanah perkuburan zoo road kampung melayu lepas solat asar.Ramai yang sampai dan ziarah arwah, isteri aku pulak tukang sampaikan berita apa yang jadi sepanjang pengkebumian arwah melalui whatsapp.Pak teh aku pun hadir tanpa aku sangka, ramai orang sayang arwah.Bagi aku arwah seorang yang sangat baik sebab arwah suka sedekah dalam diam, jenis tak bercerita dengan orang.

Walaupun aku ni tak berapa sangat nak menyembang dengan arwah, tapi arwah ni selalu ja tenang bila balik rumah mak aku.Arwah suka bersembang, ramah dengan sapa saja.Moga adik aku, Zan tabah dalam menghadapi hidup sebagai seorang ayah tunggal dalam membesarkan anak yang ditinggalkan arwah.Aku turut berduka dan terkesan dengan pemergian arwah, Moga Allah tempatkan ruh arwah bersama² golongan para syuhada dan ditempatkan arwah dalam syurgaNya.

Amin Ya Allah.. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama