
Masa ni la aku struggle teruk sikit semata nak cari balik 'modai' untuk rolling sambung bayaq aplikasi 'prabayar' yang aku dok guna selama ni.Kena tipu? Kena scam? Kena maki? Fitnah pun ada, Macam² kena hadap.Paling aku tak boleh terima, bila aku ni dituduh scam org.Edit gambaq dengan harga RM250 untuk sekeping? Apa gila ni? Bila pulak aku letak harga yahudi macam tu? Padahal harga aku dah tetap diantara RM15 - RM25 ja, tak pernah lebih dari harga tu.Walaupun harga aplikasi prabayar yang aku dok bayaq tiap bulan tu melebihi dari harga RM25 yang aku dapat, sekali pun aku tak pernah ingat nak naikkan harga 'servis' aku, apa lagi nak demand.Padahal dalam sehari tu nak dapat RM10 pun dah seksa.Dulu memang aku ada 'regular' yang dok rajin mai edit dengan aku tapi sekarang depa pun dah 'lari' sebab cerita 'RM250' tu.Aku tak marah pun, lantak depa la.Hak depa nak percaya kata orang lain, aku tak boleh nak halang.Fitnah ni memang sat ja cerita dia sampai, dia akan membusuk bila jadi viral.Lani punya manusia lain sikit, apa depa nampak dalam media sosial, depa hangguk 'YA'.Aku pulak? Tak buat apa²? Aku still macam aku la, diam.Tak mau nak cakap banyak.Nak bertekak buat apa lagi? Depa tak suka? Haa ok, takpa.Kita buat bodo ja but aku still kekalkan harga RM15 ke RM25 tu.Promo sana, Promo sini tapi sekarang im sorry.No more dah, sebab aku dah nak undur diri dari dunia editing ni dan tidak lagi amek bahagian in 'random edit' dalam mana² group yang pernah aku masuk dan 'tolong' manusia² dalam sana sebelum ni even masa tu memang ada pihak yang pernah cuba 'sabotaj', keji aku dan jatuhkan aku.Hear me this, Aku maafkan ampa semua.Tak perlu la kita nak dengki satu sama lain hanya semata 'kertas' yang berwarna warni dan berwajah agung tu.Tuhan marah, Rezeki ni semua DIA yang bagi, bukan kita yang tentukan nasib dan rezeki seseorang tu.Baru² ni pun aku rasa macam terhina pun ada sebab hasil karya aku dibayar RM1.00, Yeah you heard that right, SERINGGIT! Marah? Yes i am, kalau rasa nak bayaq sebanyak tu, better jangan bagi terus.Aku pun boleh halalkan hasil kerja tangan aku.Aihh manusia..Benci sungguh depa ni semua dengan aku, entah apa aku buat.
Anyway, what is my next stop? Wallahu'alam.Aku serah semua urusan aku kat DIA dan aku harap sangat DIA tak serah diri aku pada aku sendiri or else, tau saja la diri ni bila dipandu 'nafsu'.