
Alhamdulillah, dengan izinNya aku bertemu lagi dengan syawal tahun ni meskipun pelbagai macam benda yang pelik² yang berlaku sepanjang ramadhan.Malam ni malam raya, Aku cuma lepak dan nganga kat rumah sorang² ditemani PC sebab aku dah tak rasa raya yang mendatang ni macam dulu².Feel nak beraya tu seolah dah hilang seri dia.Kalau nak kira zaman muda dulu tu lain ceritanya sebab rasa seronok tu lain macam dia punya vibe, Ya la masa tu kawan ramai, marka comei², planning nak lepak mana malam raya, pusing sana pusing sini, beli baju baru, kasut baru, semua benda serba baru la.Sekarang dah tak sama lagi.Lani dah berusia, dah tak terasa macam dulu².Baju baru? Kasut baru? Takdak dah.Apa ada aku sarung ja pakai selagi boleh pakai, Aku pakai biaq sampai mereput pun takpa.Dah tak kisah apa yang nak dipakai, nak melawa pun buat apa? Aku dah tua, lagipun aku agak kecewa sebab ramadhan tahun ni aku dah gagal dalam banyak hal, furthermore umat islam hari ni makin menyedihkan.Sepanjang ramadhan memang aku dah jangka, kat media sosial dibanjiri aib orang.Cerita perang, apa lagi fitnah dan hal politik yang buat sesama umat bertelagah.Aku tak tau benda ni nak berlarutan sampai bila sebab pelan lama makin menjadi teruknya.Entah la, aku pun dah malas nak bercerita perihal umat islam hari ni.Aku sendiri pun masih tak betoi lagi cuma aku risaukan keadaan umat islam hari ni yang dah serupa bukan islam perangainya.Malam ni aku tak balik kampung, barangkali esok.Insya'Allah, sempat jugak awai malam tadi VC dengan bonda.Borak² hal raya dan adik beradik, ini pun aku dah terbaring kebosanan.Rasa sunyi sikit, nak melayan game pun tak rasa macam ada mood.Tak pasti kenapa aku jadi kosong sikit malam ni.Dalam kepala ni ada macam² benda punya dok pikiaq, lebih² lagi pasai diri sendiri yang makin berusia ni.Maut dah terasa macam dekat sangat serupa dok ada kat sebelah aku.Siang malam asyik pikiaq bila hari mati aku? Macamana keadaan aku mati? Apa nasib aku nanti kat bawah sana? Ni masih dok bernyawa lagi, masih diberi peluang untuk pulun bekal amalan tapi cukup ka?
Entah la, siapa sangka jika syawal tahun ni jadi syawal terakhir aku? Mood nak menulis malam ni pun dah kelaut.Aku pun tak tau nak tulis apa lagi, apa pun aku ucapkan selamat hari raya buat semua pengunjung yang sudi singgah blog buruk aku ni.Jika ada yang terasa hati dengan penulisan aku, mohon maaf banyak².Jika aku masih bernyawa, jumpa lagi pada posting akan datang.Insya'Allah.