
Hujan lebat petang tadi, siap dengan kilat yang kuat gila buat aku rasa tak selesa.Dulu ada la kisah aku dengan kilat ni, yang buat aku trauma sampai hari ni.Masih aku ingat kejadian tu segar dalam kepala, tapi hari ni aku rasa sendu sikit sebab sedih bila tengok keadaan diri sendiri, rasa kesian pun ada.Aku tak mau nak menangis lagi, but cuba kuatkan semangat.Aku yakin ada hikmah ditiap apa yang jadi.Aku dah rapuh, dalam ambang kejatuhan.Bila teringat balik segala benda yang aku usahakan, lani semuanya dah tinggai habuk.Tangan aku tetiba dah gulung genggaman penumbuk, seolah dok tahan dari nak marah pada masa yang sama hati jadi sebak.Tertanya dalam hati, "Apa salah aku? Apa dosa aku? Ada kat mana² ka aku buat tak kena?" Sampai perniagaan kecik yang aku usahakan tu kena sabotaj, karya aku kena 'cilok', orang 'boikot' khidmat kerja tangan aku, kena fitnah main harga konon aku menipu sampai la dah takdak lagi manusia yang mai nak upah aku sampai hari ni.Dah berbulan² macam ni, Photoshop yang aku tak pernah miss buat payment tiap bulan pun dah kantoi, end up aku terpaksa unsubscribe dari guna service adobe.Itu belum lagi kira tools dan aplikasi berbayaq yang lain aku guna.Semua dah unsubs, aku dah takdak sumber untuk teruskan berkarya.Aku dah kecundang, dah jatuh terduduk.Tiap hari hanya termenung, pikiaq yang tak berkesudah.Rokok dah berbatang² punya dok sedut serupa nak padamkan diri sendiri, agaknya baru orang puas hati?Aku tak tau nak buat apa, bukan aku tak cuba bangkit dan usahakan balik tapi dengan dunia 'algorithm' hari ni, memang buat aku mengalah.Kenapa? Sebab dia ikut apa yang kita suka dan 'algorithm' tu jugak la yang akan naikkan item or posting ang dengan cara yang aku sendiri tak boleh terima which ang kena buat sesuatu yang 'bodoh'.Pendek kata benda² yang mengundang kecaman manusia, baru la 'engagement' tu naik berulang² walaupun dari minggu sudah.Benda 'bodoh' macam ni la yang buat bagi profile kita 'hot' dan viral.Baru dapat segala bana perhatian but aku bukan macam tu malah aku benci dengan benda² yang langsung takdak manfaat lagu ni.Aku lebih rela berpeluk tubuh meskipun kalau aku di'offer' ribuan ringgit untuk satu content yang dungu.I'll skip that and still a NO for me.Apa lagi yang tersisa untuk aku sekarang? Dunia makin kedepan, dah tak menunggu dah siapa cepat, siapa lambat.Masa terus bergerak tanpa dia tengok kebelakang dan aku? Dah cukup jauh dah rasanya kena tinggai dengan dunia yang semakin serba moden ditambah pulak dengan manusia yang makin rakus dalam dok cari rezeki sama ada cara yang elok atau pun salah, sama saja keadaan dia.Janji dapat! Duhai hati, Bertabahlah.Insya'Allah, Akan ada suatu hari nanti.