Hanya Diamkan Diri

Dalam hal rumahtangga ni, dari luaq mungkin la orang nampak aku bahagia, nampak macam takdak apa², nampak macam semua OKAY! BUT, Aku bukan jenis yang nak cerita hal peribadi aku cuma bila lama sangat disimpan, memang benda ni akan jadi serupa cancer.Pada sapa la aku nak luah? Sapa yang sudi jadi telinga? Yang ada pun semua jenis nak amek kesempatan.Jenis yang suka bergosip, umpat & mengata tu lagi ramai.Aku ni lelaki, dah jelas salahnya memang orang akan kata lelaki salah.Biasanya memang lagu tu pun, dalam media sosial penuh manusia² macam ni.Jenis suka dok selak aib manusia lain, buat tak kena sikit memang sat lagi tengok la macamana punya kecaman, cemuhan nanti sampai menepek.Dunia dah makin kurang dengan manusia yang betoi² ikhlas, yang ada agama.Entah la, aku ni berulang kali cuba nak pertahankan rumahtangga aku but end up selalunya memang aku yang akan berkurung.Terasa diri dah tak macam dulu, tegas & straight to the point tapi sekarang aku makin lembut, banyak diamkan diri.Tak suka nak panjangkan cerita, tak suka bertekak.Abeh kuat nasihat ja & kalau nasihat tu tak jalan, aku beralah dan step away.LIMA tahun dah aku hidup dalam alam rumahtangga, sifat & perangai si dia makin menjadi².Bukan takdak orang kata kat aku yang aku ni tak reti jaga isteri sendiri, ADA! But itulah manusia, hanya tau nak kecam, maki apalagi menuding.Macamana orang boleh tau? Ahaa itu kena la tanya si dia.

Geng dia ramai yang dok ngata kat aku.Nak jawab balik? Tak payah la, biaq ja.Paling menyakitkan, bila dia sendiri mai mintak diceraikan, Asbab? KAWAN, Ya you heard me right.Aku disalahkan sebab menghalang kebebasan dia, aku disalahkan sebab halang dia dari nak keluaq dengan kawan² or halang dia kemana saja yang dia nak pi tanpa bagitau aku malah aku ni dia kata membosankan.Dia pernah bersuara yang dia tak suka ditegur.Dia nak buat apa, Dia nak pi mana, Hak dia & tak suka kalau aku tegoq or tanya mana dia pi? Kenapa balik lambat? Aku ni suami dia, salah ka aku tanya & tegoq? Aku simpan benda ni dah lama, cuma aku tak reti nak bagi panjang cerita.Bab duit pun jadi isu, memang selalu akan bunyi keluhan tu.Aku ni takdak keja tetap, tapi Alhamdulillah aku masih boleh jana kewangan melalui keja freelance & Allah masih bagi aku rezeki dengan apa yang aku kerjakan lani cuma dah slow sikit sekarang.Bab kesihatan aku? Inilah yang memang tak mengizinkan aku keja kat luaq macam dulu lagi, Si dia tau & nampak macamana aku tengah struggle dengan penyakit aku but as usual, no action taken.Aku sakit dah lama, but itu pun aku tak cerita apa², who cares anyway? Bukan aku tak pernah keluaq duit untuk dia, itu tanggungjawab aku sebagai suami tapi dalam keadaan aku yang macam ni pun still aku masih bagi dan usaha sedaya mampu but mana syukurnya? Aku terkilan, kelu lidah nak cakap apa, nak kata apa, nak nasihat apa sebab dia tetap dia.Hati kering dan adakalanya benda ni la yang buat aku teringat kisah silam aku yang lalu sebab keadaan dia sama! Then nak suruh aku buat apa? Cari skandal? Curang? Simpan gundik? Aku masih waras dan ada agama.Ya, aku lelaki dan aku tak rugi apa pun but aku ni jenis pegang amanah.Isteri itu satu amanah Allah, aku tak mau esok lusa kat sana DIA hentam aku pasai amanah yang DIA bagi ni aku tak seriously taken care.Apa aku nak jawab? Lebih² lagi si dia ni yatim piatu, mampoih aku! Nak kata aku bodoh? Silakan, Aku ni islam & aku buat apa yang DIA suruh, Apa yang Nabi SAW pesan but memang ada batasan.Takkan la sampai aku nak jadi bodo lagu ni?

Entah, aku dah tak tau nak buat apa but just harapkan yang Allah tunjuk aku satu jalan,JUST ONE! Sekiranya masih mampu tahan & pertahankan maka sabaq & sekiranya dah tak boleh, just let it go dengan cara yang paling elok.What choice do i have now? Buat masa ni hanya diam..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama