Alhamdulillah, Aku masih d'beri nyawa dengan keizinanNya dan masih mampu menulis meskipun dalam keadaan terbaring.Ya, Aku masih belum mampu bangun dan berdiri asbab kaki aku yang masih sakit, Tapi Alhamdulillah sekurangnya nyawa masih ada.Aku bersyukur asbab kesakitan yang DIA bagi ni adalah satu hadiah supaya aku beringat.Tidaklah DIA nak bagi sakit saja², Lagipun dosa aku ni banyak dan aku malu sebab DIA masih sudi pandang aku yang hina ni.Moga² aku beringat dan istiqomah dalam tiap benda yang jadi teruskan bersangka yang baik², Insya'Allah.
Buat masa ni, Kerja aku semua tak jalan asbab aku masih terbaring dan tak boleh nak bangun meskipun nak duduk.Kaki masih terasa sakitnya tapi dah ada tanda² kesembuhan walaupun sikit, Barangkali DIA nak aku rehat sebab aku ni bukan reti dok diam², Tiap hari ada saja benda yang aku akan buat non stop! Memang macam tu sebab dah biasa, Bila aku dah mula pegang satu keja ni memang susah dah la aku nak berhenti, Dan sekarang dah jatuh sakit so aku patut paham yang aku bukan robot, Rehat tu kena ada aihh..Entah la.Aku tak reti la kalau biasanya bila dah sakit pun aku akan cuba gagah bangun dah buat kerja.Ketegaq? Haa ya, Aku tak suka duduk saja.Itu perangai aku dan walau sakit sekalipun aku akan cuba bangun cari benda apa saja nak buat sebab tak reti la nak duduk saja nganga kosong macam tu.I am so stubborn, So yes aku memang ketegaq, Bukan aku buat benda tak elok pun, Aku just nak buat keja, Itu saja tapi kali ni punya sakit memang buat aku jem terus! Sebab aku dah tak mampu nak bangun, Kaki hingga pinggang dah mula meragam.Agaknya dah berkarat, Biasa la aku dah tua bukan muda lagi.Mau tak mau kena jugak rehat dan itu la part yang aku tak suka sebab sakit kali ni memang agak teruk sikit sampai aku terpaksa terlentang saja.Takpa la, Tengok lagi 2 atau 3 hari lagi, Insya'Allah.