
Aku dah stop bayaq untuk satu aplikasi dalam komputer aku, which benda tu yang aku dok guna cari makan selama ni.Adobe Photoshop, benda alah ni dengan aku cukup lama.Aku rasa dah dekat² 20 tahun ada kot? Gagah punya dok pulun study benda alah ni sampai naik gila hanya semata cinta aku pada grafik.Macam² yang aku belajaq buat dengan photoshop ni, poster, icon pack, photography editing dan segala bana la but 3 hari sudah aku officially stop untuk terus subscribe dengan service adobe ni.Semua ni gara² harga dia yang makin hari makin gila, naik mendadak.Aku pulak dok makin bankrap, ya la musim AI ni dah makin kurang orang mai mintak edit.Lani sapa pun dah boleh edit sendiri, google gemini ada, chatgpt ada, macam² la AI Power Tools online atau aplikasi dia dalam tipon, itu la yang buat aku stop.Rugi tu tak payah cakap la.Berapa sangat aku untung? Walau adobe ni naikkan harga dia, aku tak pernah pun terpikiaq nak naikkan harga servis editing aku.Harga aku letak kekal dari mula, tu belum kira masa aku kena tipu lagi.Haihh, entah la.Termenung panjang aku malam ni, macam² mula dok mai dalam kepala buat aku bingung, aku tak suka perasaan macam ni.Aku tak mau nak berkeluh kesah dengan rezeki ni, sebab ibarat macam aku marah kat DIA.Kot mana pun aku yakin akan ada jalan dan rezeki kat tempat lain? Ini semua hak DIA so DIA yang tentukan lagipun mesti ada sebab DIA buat macam ni kan? Jadi tenang dan diam sat.Moga aku kuat dalam menjalani hidup yang makin rakus ni.Aku harap sangat DIA bagi aku kekuatan, Insya'Allah.Tak perlu rasanya aku pikiaq lebih², fokus ja benda yang lain.Banyak lagi benda aku boleh buat kan?
Hidup kat akhir zaman ni memang keras, lani semuanya duit.Ada duit, ada la hidup.Takdak duit, manusia pun takkan pandang.Aku bukan nak gelisah hal duit, itu bukan tumpuan aku tapi nak hidup ni memang perlukan duit itu yang buat aku jem.Malas nak pikiaq lagi, better layan sat game sepam dua untuk hiburkan hati sendiri lagi best.