Kesempatan yang aku amek semalam meskipun hari ni baru mak genap 62 tahun, aku tak dapat nak mai hari ni jadi malam semalam ja aku sempat untuk singgah.Bawak kek & satu hadiah yang tak la seberapa sangat khas untuk bonda tercinta.Sekurangnya aku sampai jugak dengan izin dan rahmatNya, Alhamdulillah.Terima Kasih Ya Allah.Apa yang buat aku terkilan bila mak sepatutnya senyum, tapi sebaliknya mak menangis.Aku paham kenapa, baru² ni pemergian tok buat mak sangat terkesan.Biasanya memang bila tiap kali hari lahir mak, gerenti mak akan bawak sikit kek pi kat tok untuk suap pada arwah.Aku pernah tengok malah memang mak tak pernah lekang teman tok selama mak kat sana.Benda buat aku sekali sebak dan membisu, tak tau nak kata apa hanya tengok mak sebak.Memang benda ni buat mak terasa 'sendiri' kali ni, aku boleh rasa benda tu.Kelak aku pulak akan rasa benda yang sama, kena bersedia sebab kesakitan tu memang buat kita rasa macam sunyi, sakit, apa lagi rasa macam kosong dan tak mampu nak redha.Bila kita dah biasa dengan sesuatu yang dah jadi rutin harian dalam hidup kita, lebih² lagi bila ada dengan mak kita sebab kita yang dok jaga dia saat masa tua dia.Akhir hayat dia kita buat bakti dan segala benda kita urusankan sampai la dia dah takdak.Sapa yang tak pernah rasa benda ni memang satu hari nanti akan merasa jugak, akan lalui jugak.Bagi aku, apakah aku dah bersedia nak hadap benda yang paling aku takut bila aku dah tak punya mak lagi? Ya Allah..Aku mohon kekuatan. 😔