Sebak Dalam Tawa

Dua hari berturut² migrain menyerang, Berdenyut kepala ni tak payah habaq la.Aku yang berguling dok tahan sakit dia.Punca dia mai migrain ni? First, Aku ni pikiaq banyak.2nd, Tdoq lewat tapi bangun awai, Tak paham aku.Bila nak sambung lena balik memang dak la sebab aku ni jenis tak suka memuta lama² kecuali bila penat atau tak sihat tapi dalam keadaan tak sihat pun mata nanti terbeliak, Payah dah nak lena balik.Masa tu aku nanti berjaga bangun hadap keja kat komputer dengan kepala yang dah senget sebelah akibat d'hentam migraine.Ubat tdoq? Entah, Aku telan 2 bijik pun serupa tak lut.Mengantok tak, Apa tak.Mata lagi mai terang ada la.Masa aku kat rumah mak aku dulu pun mak aku heran, Dah bagi ubat tdoq ang ni tak mengantok ka? Aku pun tak tau la aku ni alien ka apa.Saat ni pun dok terlentang ja hadap enset dok belek peluang rezeki.Dah memang macam ni la selalu, Apa nak buat?
Dok rasa macam nak menangis pun ada ni, Pasai? Entah la, Kebelakangan ni nasib tak berapa nak menyebelahi aku.Nak cari makan pun agak susah dah lani, Tak serupa macam sebelumnya.Itu la yang dok buat aku pikiaq panjang sampai kepala sakit.Tak tau la nak cakap apa lagi, Hanya dok termenung ja tiap hari but, Aku yakin dengan apa yang Allah bagi.Perkara macam ni adalah ujian jadi sabaq ja la, Ada hikmah dia dibalik apa pun yang jadi.Barangkali aku ada buat tak kena, Itu pasti.Aku kena hukum diri sendiri, Dah tak boleh nak jolok orang maki tak tentu hala, Cari pasai.Aku dah senja, Dah tua.Bukan muda lagi.Bau tanah memang sentiasa ada, Kena ingat esok lusa mati nak bawak apa pi sana..? Dengan ilmu pun sekentut piang, Dah perasan cukup hebat? Haa tunggu DIA tibai ang baru tau dunia ni besaq mana.Lisan ni ja kadang masalah, Capoi gila bila bercakap.Geram jugak dengan diri sendiri kadang tu.Macam nak boh penampaq backhand, Tiap kali rasa nak maki mencarut bagai, Telan cabai melaka.Ce terai sat sepam dua, Baru ada akai agaknya?

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama