Usia Yang Semakin Senja

Pejam celik alih² dah bulan 8?! Biaq betoi masa punya mai laju sampai aku sendiri dah tak perasan yang bulan ni aku dah makin berumoq dan tak lama lagi dah nak pejam, Nak tinggai dah dunia ni.Takut? Ya, Memang terkadang dok pikiaq jugak benda ni buat aku tak mau nak lena sebab bila dah pejam nanti kemana agaknya aku? Nasib aku kat sana pulak macamana? Amal pun sekentut buih ja, Nak berlagak ahli sorga? Entah la, Kepala jadi pening, Hati jadi gusar.Apa nak buat? Kena hadap jugak sapa pun.Dalam Qur'an pun Allah dah habaq, Tiap yang bernyawa sure MATI.Mana mau lari? Hidup ni kena banyak² buat amal, Buat baik, Jaga lisan tapi itu la aku selalu failed.Ada saja benda yang tak kena then nak maki la, Nak ngata la, Nak menghukum bagai.Bukan mudah nak jaga diri sendiri, Bila mai benda yang kita dok selalu buat tu la nanti jadi biasa, Bila dah biasa memang susah dah ang nak tinggai.Struggle kalau nak tinggai semua tu, Hati kena kuat, Nafsu kena jaga.Lidah ni kena sentiasa basah dengan istigfar, Zikr, Selawat.Kalau semua tu okay, Insya'Allah.

Aku pun tak perasan sebenarnya dah bulan ogos sebab dok qalit dengan game, Malas nak pikiaq banyak, Bila dok saja tak buat apa memang otak ni kira nak start engine ja.Dia punya pikiaq ni memang nanti sampai aku migraine! Lagipun aku baru ja recover dari slipped disc tapi masih dalam keadaan berjaga².Benda ni memang makan bulan jugak la kalau nak sembuh sepenuhnya, Walaupun aku dah boleh bangun, Jalan, Lari cuma tak macam dulu lagi.Kaki kiri still ada rasa sakit bila berdiri lama, Duduk lama, Memang akan mai satu macam punya lenguh dan sakit² urat.Tapak kaki pun nanti mai semacam kebas², Aku redha lagipun memang bila dah mai tua² ni dia punya ragam tu makin bertambah.Keja aku? Dah tak jalan dah, Customer dah takdak langsung.Bab ni aku tak mau nak komen, But rezeki Allah tu ada mana², Insya'Allah tengok la nanti macamana.Keadaan aku memang dah okay, Alhamdulillah cuma dah tak boleh nak hadap sangat komputer macam dulu.

Mudahan ada jalan rezeki kelak.

Insy'Allah. 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama