Kes Buli Zara Mendunia

Agaknya apa la amalan budak ni? Usia dia cukup muda but satu dunia nak keadilan untuk dia.Aku kagum dan tertanya², Seolah Allah nak tunjuk sesuatu sebab ternampak #Justice4Zara sampai ke Palestin, Liverpool.Mulanya aku baca keratan berita kat harian metro tu, Tajuk headline budak tingkatan satu bunuh diri terjun dari tingkat 3 asrama.Mulanya aku pun berspekulasi jugak la, Aku ingat anak cina atau india sebab biasanya memang geng ni ja selalu ada cerita suicide but i was wrong.The little girl name is Zara Qairina.Orang islam rupanya? Astagfirullahal'azim dik, Apa yang ang dah buat? Kenapa bunuh diri dik oi?? But itu pun aku silap jugak, Dia bukan bunuh diri but dibunuh! Whoa, Baru tingkatan satu kot.Khabarnya arwah dibuli dah dibunuh, Dude for real? Apa yang dia buat sampai kena bunuh ni? Selidik pun selidik, Macam² cerita dok keluaq.Aku pun naik pening sebab media ni kadang main peranan jugak, Tajuk boleh buat orang salah paham and boleh jadi fitnah.Jadi aku pun tak tau mana satu yang aku nak ikut or percaya, But for me better diam dan tunggu ja.Insya'Allah kebenaran akan keluaq jugak kot mana pun.Budak tu pun dah selamat, So yang mana buat dia tu memang siap.Meskipun dah terlepas kat dunia, DONT YOU EVER THINK OF ESCAPING FROM ALLAH'S WRATH OF HELL.Mimpi la kalau ang boleh terlepas kat sana.Cerita jadi panjang sebab aku tengok macam ada sesuatu yang tak kena ja dengan kes arwah zara ni.Ikut kata viral, Anak vip ada yang terlibat? Wow ini berat! Then nama KAK M naik, Sapa Kak M tu? Wallahu'alam.Allah lebih tau sapa punya keja ni.If aku ni abang pada zara, Surely i will fight for it tapi bila ang tengok balik hari ni punya undang², Aduhai.Akhir zaman, Memang tak boleh nak buat apa, Tak boleh nak kata apa.Yang buat taik ni memang akan terlepas manakala yang mempertahankan kena getah, So what do you expect? Berita tiap hari buat aku jadi makin takut.Pukoi pak sendiri, Bunuh mak sendiri, Tikam abang kerana moto, Aduh manusia..Apa dah jadi? Dunia kian nazak sebab dah dipenuhi dengan kezaliman.Makin padat dah dengan benda² negatif ni, Satu tanda yang Nabi SAW pesan dulu.Allahul mustaan..

Memang..Lani memang banyak sangat aku dengaq kes buli, Bunuh bagai, Ditambah pulak dengan genocide kat palestin tu.Manusia makin hilang akai, Hilang adab, Hilang agama.Rasa malu tu dah makin terhakis.Media sosial jadi tempat untuk perang mulut, Bercacian satu sama lain.Dah la sama bangsa apa lagi agama.Aib? Tak payah cakap la, Silap sikit ang buat memang viral laku keras mat! Ulama pun kena sound cara sinis, Hebat gila manusia lani.Aku sampai tak reti nak kata apa dah sedangkan aku pun dah kena maki pasai silap cakap bab politik, Wuii jangan buat main, Puak² ni semua benda depa tau sampai kedalam tanah orang yang mati pun depa tau ruh nak keluaq bila.Ang tengok la manusia zaman hari ni punya gila, Takdak dosa dia nak cari penyakit.Entah la depa ni semua, Semak kepala aku tengok! Apa pun aku harap ada keadilan buat adik zara, Moga Allah bongkarkan tipudaya manusia yang bersifat syaitan tu! Insya'Allah.

 

Al Fatihah Buat Adik Zara Qairina.

Moga Ruhnya ditempatkan dalam golongan para syuhada. 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama