Muram Dalam Gelap

Malam ni terasa sedikit muram, Aku pun tak tau la pasaipa.Selalunya memang game la jadi hobi untuk halau semua benda yang merapu dalam kepala, Tapi malam ni lain sikit.Barangkali asbab berita yang aku terima semalam, Ibu pada sahabat aku dah kembali pada Penciptanya.Kelu lidah semalaman, Hanya sempat sampaikan ucapan takziah.Mungkin benda ni yang tengah ganggu otak aku sebab aku pun bakal lalui benda yang sama satu hari nanti.Aku masih punya mak dan abah yang masih dok bernyawa lagi, Jadi aku kena beringat! Cuma persoalannya mampu ka aku lalui benda ni? Kuat ka aku? Masih lagi aku teringat yang arwah pak mertua aku meninggal asbab covid kat hospital, Bila isteri aku dapat perkhabaran yang pak dia dah takdak, Aku tengok muka isteri aku ni tenang.Serupa nak menangis atau tak.Aku hanya mampu cakap sabaq banyak², Doa banyak².Aku memang tak tau nak cakap apa lagi dah masa tu.Muka isteri aku masa tu macam tak rasa apa², Dia hanya diam.Hanya genggam tangan aku kuat² dan kata "takpa, saya okay".Terkedu aku dengaq.Yang tak bestnya masa tu kesihatan aku pulak memang sangat tak cantik, Saat nak kebumi arwah pak mertua pun aku tak dapat nak hadir.Terkilan? Ya, Memang agak terasa dengan diri sendiri tapi apa nak buat..? Tahun ni memang ada banyak berita kematian termasuk beberapa sahabat aku, Ada yang dah lama tak jumpa dan aku tak tau mana dia duduk, Alih² dengaq dia dah takdak.Ada yang aku tak sempat nak tengok, Allah hai.Kenapa macam ni? Terkadang aku ni memang takut sebab masih terkesan sewaktu dulu masa arwah tok abah aku meninggal, Aku hadir pi tengok tapi bila selesai dan nak balik rumah, Aku jatuh sakit dengan tiba².Sakit tu memang lain macam sikit dan aku tak reti nak habaq lagumana.Cukup lama aku sakit sampai pi berubat merata tempat.

Memang pelik sejak dari kejadian tu, Bila aku tengok ada van jenazah ka, Mayat ka, Badan aku ni nanti mai gemuruh semacam.Aku tak mau nak sebut benda tu, Sebab dah pi berubat dan dah dapat jawapan cuma benda tu saja yang tak mau hilang pi tinggai aku.Itu la terkadang aku jadi semacam muram, Serabut, Pikiaq banyak.Benda mai secara tiba² dan sampai hari ni aku masih merangkak ikhtiar cari jalan untuk hilangkan.Bukan mudah nak buang bila dah melekat dan aku pun tak mintak benda ni jadi, Dah izin DIA aku nak kata apa? Entah la, Aku redha ja kalau sampai aku pejam.

 

Wallahu'alam.

Al Fatihah Buat Ibu Sahabat Aku DI Kelantan. 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama