Hadiah DariNYA

Entah la sakit apa, Tapi benda ni dah dekat setahun.Tekak aku seolah terasa macam dok ada sebijik guli yang melekat.Aku ni plak jenis tak suka nak bertepek kat spital.Time nak lena tu memang azab sikit, Lebih² time makan lagi la terasa dia punya sangkut.Gamaknya memang nak kena jugak pi spital la ni, Baru ble tau apa benda yang dok ada kat tekak aku ni.Aku hanya risau ketumbuhan ja, Ni memang nanti panjang cerita.Ketentuan DIA aku boleh nak elak ka? Mau atau tak, Aku kena hadap jugak.Lagipun sakit ni agak menganggu kerja harian aku, Terkadang aku rasa macam nafas aku ni jadi susah sikit nak tarik, Jadi semput.Risau? Ya, Memang ada tapi kalau benda ni dah jadi asbab ajal aku, Apa lagi aku boleh kata? DIA yang bagi, DIA yang dah tetapkan, Takdak sapa boleh halang or kata apa.Manusia mana pun kalau dah sampai masa dia, Allah kata abeh maka abeh la.Bab sakit ni memang aku dari dulu lagi jenis senyap, Tak cakap banyak.Benda yang bab aku meluat sangat bila nak pi spital tu.Kita ni sakit yang serius tapi pihak spital anggap kita macam pesakit luaq.Saja la aku cakap, Misalnya aku ni sakit kepala tahap kritikal.Kena amek nombor giliran, Kena tunggu pulak.Maunya masa dok tunggu tu padam pi? Bukan nak komplen, Tapi memang kalau pi spital kerajaan macam ni la nanti kena.Nak check sakit kena tunggu satu hal, Amek nombor satu hal, Lepas check nak tunggu pulak result then ubat.Mau lebih dari 10 jam!

Dari luaq tempat menunggu aku ni punya la sakit hati kadang tengok misi² dan staf dok goyang pinggang selamba badak menyembang gelak², Geram jugak tengok keadaan macam tu.Depa ni memang jenis tak heran langsung ka macamana dengan manusia² kat luaq yang dok tunggu sambil dok tahan sakit ni? Pelik kadang tapi tu la, Spital kerajaan memang macam ni la selalunya yang biasa dok hadap.Dulu sampai satu doktor tu bagi surat gila kat aku sebab lepas dia check katanya aku tak sakit apa.Aku yang dok tercungap² tak boleh nak bernyawa masa tu Allah ja tau sakitnya, Last aku dapat surat gila? Seriously?? Haihh tak tau la manusia oi, Aku pun tak mau nak bercakap pasai orang lain dah.Aku dah tua, Bukan muda lagi.Kelak nak cium tanah dan nak menjawab kat Allah dengan segala bana benda aku buat, Better aku fokus jaga diri dan amalan but kot mana pun aku kena jugak pi spital check tekak aku ni, Moga² takdak la benda² yang serius, Tapi kalau ada...Itu adalah hadiah dari DIA buat aku.

 

Wallahu'alam. 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama