Hilang Punca Seketika

Entah la, Aku sendiri dah tak tau nak buat apa hanya nganga hadap skrin komputer ni sambil buang masa.Apa aku nak buat? Sumber makin terhakis asbab orang dok buat naya.Aku pulak amek keputusan untuk teruskan berdiam diri, Sampai bila? Entah la dengan perangai manusia sekarang, Masing² dok usaha menjatuhkan orang lain.Era dah moden, Teknologi makin canggih, AI dah ganti semua yang ori.Aku jadi buntu, Nganga tak buat apa hanya termenung kosong.Dok layan ketermenungan dan dok pikiaq nak buat apa lepas ni.Edit gambaq? Dah tak mampu asbab teknologi AI dah rosakkan semua punca mata pencarian.Zaman lani, Sapa pun dah boleh ngedit hanya dengan AI.Maybe aku kena undur diri dari suntingan gambaq rasanya.Kena cari jalan lain untuk cari makan.

Rezeki Allah mana pun ada, Aku bertawakal saja.Terkadang makin risau tgk kelaku bebudak yang dok cenderung dengan AI ni, Ada yang sampai buat konten tak kena gaya, Ada yang guna AI untuk buat lawak dengan agama, Ada yang guna AI untuk hukum dan fitnah orang lain, Yang buat konten bodoh pun ada, Tapi peliknya itu pun manusia suka.Heran aku, Benda gila macam tu pun dah jadi kesukaan manusia? Aduhai apa nak jadi dunia.Tak tau la apa yang bakal jadi tahun yang akan mai kelak, Aku rasa memang akan jadi lebih teruk kalau tak kawal dengan elok.Hak individu pun dah boleh langgaq ikut suka hati dah lani, Manusia kira apa? Makin hari, Makin takut aku tengok.Perangai manusia tak serupa manusia dah.Biasa yang selalu aku tengok lani, Suka maki orang, Ngata orang, Umpat caci maki, Fitnah dan aib terang², Kalau tengok balik sorotan dari hujung tahun 2023 sampai hari ni, Ya Allah manusia! Semakin gila rakusnya.Manusia jenis macam ni mana pun ada dan aku memang tak boleh lari atau ngelak dari hadap macam ni punya kaki.Benda yang buat bagi aku jadi tak paham bila kita ni tak kacau pun orang lain, Tapi entah dari mana mai gerenti ada ja mata² yang dok jaki dan sakit hati kat kita tanpa sebab.Pelik aku, Yang dok sakit hati tetiba tu pasai apa tak tau la.Aku dah muak, Jemu nak pikiaq bab orang lain, Better aku fokus ja apa yang aku nak buat.Kos hidup makin tinggi, Harga barang, Tarif elektrik semuanya dok pelan² naik dah.Tak tau la apa nak jadi, Rasanya kena balik dok hutan balik kot?

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama