Benda yang paling buat aku sakit mata bila terbaca komen² sampah anak² muda zaman ni.Bila aku bukak page² berita kat pesbuk, Tiap hari gerenti ada statement beracun dan puaka dari budak² yang terpaling bijak ni.Ada pun yang cuba sembunyikan indentiti dengan fake dan locked account, Nampak sangat dia punya pengecut sebab senang nak kata dan maki orang lain.Sebarkan fitnah so orang tak boleh nak detect dia sapa, Seolah macam Hit And Run.Dia punya indentiti pun remain secured and mysterious supaya dia boleh keep on and on maki, Kecam, Sebar aib, Fitnah dan segala macam benda negatif.Bersepah aku tengok puak² ni dalam media sosial, Dalam twitter, Threads, Insta, Facebook dan merata ada la puak² ni lebih² lagi bila ada artikel yang melibatkan politik.Boleh nampak kelibat puak ni dengan kenyataan memaki hamun.Fake account ni kadang ada yang cytro which tentera buli cyber, Ada jugak owner kapiaq tapi guna nama orang melayu islam but mostly, Orang melayu kita.Dia punya bahasa tak payah cakap, Memang tiap ayat yang dibaca boleh buat jiwa terbakaq.Kenyataannya, Hari ini bangsa aku pun dah lingkup sepenuhnya sebab aliran dan idealogi LIBERAL yang dah lama menyusup dalam kehidupan seharian orang islam.

Dunia hari ni, Memang dah 100% menjahanamkan umat.Dah ikut aliran liberal.Drama kat tv? Couple bercinta, Tak nikah tapi boleh serumah.Bercuti luar negara bawak pasangan konon atas dasar sayang cinta bagai.Dah jadi pengaruh pada anak² dara, Ada yang mula lari rumah ikut boyfriend but the family lapor polis atas statement ORANG HILANG, Ada yang dah berangan nak lelaki handsome, Kaya.Ada yang terikut² sampai berani buat statement bodo kat dalam media sosial konon suami ni 100% support duit saja, Kerja rumah dan masak bukan lagi hak isteri.Siri menjatuhkan dan malukan orang lain dengan kuasa viral.Silap sikit, Record and upload, Let the world see! Apa dah jadi ni?? Allah hai manusia..1400 years ago, Nabi SAW dah habaq, Dah tinggai pesan kat umat dia, All of this, Semuanya...Semuanya now dah jadi.Hilang malu, Tiada adab, Pakai tudung tutup kepala tapi juboq dok tayang kat orang dengan seluaq ketat.Itu HAKIKAT TELANJANG! Lisan tak reti jaga, Cemuh dan sindiaq orang lain just pasai tak boleh tegoq sikit pun dalam hal agama.Jawapan yang biasa aku dengaq bila kita tegoq manusia² jenis ni:
"Ang jaga kuboq ang..Tak payah sibuk kuboq aku, Oke?"
Dah sinonim, Mainstream.Apa lagi kita nak kata? Baru² ni, Warga emas kena hentam sampai mati.Punca? Tegoq sebab bunyi moto bising.Masih hingusan tapi dah berani hentak orang tua sampai mati? Bangsa aku jugak.Tipu pakej umrah, Bangsa aku jugak.Amang seksual, Cikgu, Penguatkuasa, Ustaz jadian, Bangsa sapa..? Hari² ada saja nama orang melayu naik.Mana malunya? Mana adab apa lagi pegangan agama? Dah tak heran dah semua tu.Tengok kes hot daddy tu, Siap dijulang dan dianggap wira.Jadi rebutan anak² dara.Apa dah jadi dengan bangsa aku lani? Mungkin kita ni tak sedaq lagi, Palestin tu adalah cermin untuk kita tengok yang orang² islam terutama sekali bani melayu bakal jahanam malah ada yang jadi talibarut orang kapiaq, Siap pertahankan lagi.Dah terlalu terikut sangat dengan idealogi liberal, Buat dosa benda takdak apa bro, Hari masih muda dan ada masa lagi.Rambut tak putih lagi, Belum tua lagi.
Kaitan rapat palestin dengan orang² islam, Cermin yang cukup jelas kalau nak tengok.Renungkan bila bumi para anbiya dipijak² oleh orang² yahudi.Mana orang² islam yang lain? Lena? Bagi aku, Benda yang jelas aku nampak kat sini adalah jarum halus yang disuntik masuk dalam islam buat kita semakin lemah dan berpecah dan lihatlah! Betapa mudahnya umat islam dibodohkan!!