إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Kelu lidah, Tergamam, Terkejut dan segala macam perasaan bercampoq.Pak mertua aku yakni abah pada isteri aku meninggai semalam, Asbab? Terjangkit covid kat hospital.Aku tak tau nak kata apa, Aku tak tau.Dua hari sudah, Abah terjatuh dalam pancoq.Arwah habaq yang dia tak tahan sebab sakit sangat, Masa tu isteri aku sempat habaq yang terpaksa bawak abah ke hospital tapi aku tak setuju sebab hospital tu sarang covid, Memang risiko tinggi nak sangkut covid dan aku risau gila tapi isteri aku kata takkan nak biaq orang tua tu mengaduh sakit macam tu? Aku cuba tekankan, Biaq sat sakit tu kita boleh urut² atau panggil orang ngurut abah tang mana yang sakit malangnya benda dah jadi gaduh mulut, Aku pun tak mau nak panjang cerita aku diam.Bila dah bawak pi spital tu, Esok tu pihak spital call habaq yang arwah abah kena covid.Tangan aku masa tu dah terasa ringan, Tapi aku tak mampu nak buat apa² lagi.Dalam hati masa tu punya dok menjerit "Aku Dah Kata! Aku Dah Kata!!" Allah, Apa aku boleh buat lani? Apa yang aku boleh kata lani? Semua dah abeh sampai abah meninggal kat spital.Nak kata aku kesal? Memang ada, Sebab kalau la isteri aku dengaq kata aku malam tu, Dah tentu abah masih ada sampai hari ni? Aku tak boleh salahkan isteri aku, Benda ni takdir yang DIA dah tulis, DIA tentukan.Masa abah dah sampai cuma aku yang agak terkesan lani..Walaupun arwah bukan pak kandung aku, Tapi aku terasa hati dan agak terkilan dengan isteri aku tapi apa daya? Aku hanya mampu diam dan berkurung, Asingkan diri dari isteri aku sebab kecewa dengan dia.Dok menyesai tak sudah kalau la dia dengaq cakap aku, Abah masih sihat sampai hari ni kan? Al Fatihah buat abah, Moga² Allah tempatkan abah bersama golongan para syuhada, Insya'Allah.Aminn..Maafkan saya abah.. 😣