Hati Yang Gelisah

Tak tau la dua tiga hari ni dok berasa macam tak sedap badan, Aku ni bukan boleh sangat bila mai satu macam punya perasaan yang tak menyenangkan aku.Otak ni mula la nak pikiaq sampai ketengah laut! Dok umah lama² berkurung macam ni lagi buat aku sakit kepala, Nasib asbab musim penyakit ja, Kalau dak memang aku dah angkat kaki berjalan merata.Aku kalau serabut atau rasa tak selesa badan ni memang aku nanti keluaq amek angin sat.Abeh kuat pi layan game sepam dua kat luaq, Lepak dengan awie apa ka tapi lani semua masing² nak kena jaga diri sendiri.Musim penyakit yang senang merebak sampai darurat satu dunia, Lebih² lagi bila covid ni boleh bagi ang padam! Manusia rata² pakat panik, Nak dekat sesama sendiri pun dok mai takut, Batuk sikit ja orang dah cabut lari.Agaknya aku risaukan isteri aku? Sapa tak risau, Dia tu dok ulang alik pi jaga abah dia.Aku pun risau la jugak, Kot dia naik grab atau bas yang ada bekas pesakit covid duduk tak ka naya kawan tu? Bila dia balik umah terbatuk² pun dah buat aku gelabah bewak.Mau atau tak, Aku kena hadap jugak.Ini semua ketentuan Allah, Kalau DIA kata kena, Maka kena la wabak tu.Kami dua ni masih lagi dok bincang nak bawak abah mai dok sekali, Tapi keadaan kami pun masih cukup makan pakai.Keja pun takdak lagi, Cuma aku ada la sikit² buat duit dalam talian tu, Boleh la tampung makan tambang untuk isteri aku dan abah.Banyak benda dalam kepala ni, Mungkin aku ni over thinking sangat agaknya yang buat aku rasa tak sedap badan? Aku benci la perasaan dan rasa macam ni, Seriously! Moga² semuanya baik² dan aku mohon Allah lindungi isteri dan abah..Insya'Allah. 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama