Ghost Town?

Satu hari area ni memang tak pernah sunyi macam ni, Sejak covid dok hentam dunia dah tu dengan lockdown pulak, Aku dok merasa macam aku ada kat tempat yang tak berpenghuni.Susah nak nampak kelibat manusia time ni, Padahal sebelum covid area ni memang bizi gila dan penuh dengan aktiviti manusia, Lani? Moto dengan keta pun cuma sebijik dua ja yang lalu, Parking? Clear bhai.Sebijik keta pun tarak! Waktu subuh? Azan tetap berkemandang macam biasa cuma kelibat manusia ja yang tak berapa nak ada.Macam ni la keadaan hari² sejak hotel dah shutdown, Aku dok nganga dan buang masa naik turun hotel dah serupa orang gila.Sat masuk dok dalam bilik nganga tv, Sat turun pi lobi lepak nganga tipon.Sambil² tu dok pasang mata tengok keadaan sekeliling, Masuk pintu belakang hotel nak tengok kot ada kelibat manusia apa ka.Nak kata ada orang tu memang ada, Tapi yang mai nak check in bawak gundik.Bangla, Nepal ni semua.Aku boleh naik angin dengan puak² ketegaq ni, Dah tau covid pun masih nak beromen ka setan? Maunya tak kena perambat, Ada yang nak huloq RM100 pun aku tak mau.Ingat aku ni boleh makan suap ka? Ampa yang nak sedap, Tapi bawak penyakit merata! Fundek punya manusia, No wonder la kes dok naik dengan puak depa ni.Dalam berita pun dok ada pasai puak² ni yang sakan dok jalan pi sana pi sini dengan gelang pink, Memang cari pasai! Apa nak jadi tak tau la.

Lagi dua minggu nak posa, Aku dah mula pikiaq persediaan nak menyambut ramadhan.Balik umah mak? Wajib, Memang kot mana pun aku kena jugak balik tapi camna eh? Sebab hotel takdak orang nak jaga.Kena la pikiaq macamana nanti, Tu belum kira raya lagi? Macamana nak raya dengan covid ni? Allah ja tau apa yang akan jadi, Tengok ja la macamana.Aku akan usahakan jugak untuk balik umah mak, Insya'Allah.

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama