Ramadhan Dan Covid

Habuan aku pagi ni, kopi instant yang si M belikan dan megi cup.Senyap sunyi, no complaint.Janji aku masih dapat makan dan menikmati ramadhan lagi meskipun dalam musim pandemik.Time nak bukak posa malam satgi pun memang santapan yang sama jugak, mana la nak ada kedai yang bukak? Banyak yang drive thru dan take away ja, dah tu aku mana boleh keluaq lagi nak pi cari kedai makan.Kalau ada pun sebelah hotel ni, warung kedai kopi indu yang bukak waktu siang ja tu pun lepaih subuh.Tengah hari dia tutup dah cuma time covid dia tak open sangat, banyak yang mai tapau then balik.Si Y dengan si M? Ada ja depa tanya aku nak makan apa² ka, rasanya tak payah la kot sebab risau jugak depa nak keluaq jalan merata cari makan kat aku.Si Y memang pagi² dia akan mai sini dengan satu kakak house keeping sorang lagi tu sebab company suruh depa mai settle apa yang patut, bila hotel dah takdak orang bilik jadi berhabuk la.

Time tu aku memang dah ghaib, lena tak ingat dunia.Kadang si Y akan beli makan dan tinggai kat kaunter lobi then dia balik terus, semalam ada dia tanya pasai makan aku nanti macamana sebab nak posa kan.Nak kata kami ada sembang sat tu ada ja tapi kat lobi duduk kena jauh sikit, tau saja la dengan covid ni.Terpaksa jaga jarak but aku perasan yang kelaku si Y ni dah lain sikit.Macam dah tak berapa nak sembang sangat dengan aku lani, bila aku tanya dia ok ka? Dia just hangguk saja then terus buat² sibuk dengan keja dia.Ada yang tak kena ka? Si M pulak memang selalu ja dok text aku, tanya segala keperluan aku kot ada yang kurang dia nak tolong beli bagi.Aihh tak tau la, aku pun serabut buat masa ni.Rasa bersalah tu sentiasa akan ada, but mungkin ni peluang aku untuk jelaskan kat si M pasai si Y? Benda ni dah macam burden, makin lama biaq makin melarat.Aku tak tau macamana aku nak cakap nanti, dah la bulan posa dah so think eddie..Think!

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama