Keliru Dan Krisis

Aku ni tak tau nak cakap apa, cuma aku tak mau orang ngata kat aku yang bukan² padahal aku tengah dok serabut pikiaq pasai benda ni.Benda apa lagi kalau bukan hal menikah? Aku tak suka la orang dok tanya ang bila lagi d? Bila lagi? Bila? Terasa macam nak lempang ja pada yang dok bertanya tu.Mak aku pun tak bising macam tu, meluat! Hal nikah ni bukan benda main², ingat benda ni macam seluk tangan dalam seluaq ka macamana? Meskipun aku kerap keluaq dengan si M ni but at the same time memang ada krisis dalaman yang aku tak tau macamana nak selesaikan.Bila cuti, kadang aku akan ajaq si M ni keluaq.Aku penah cuba nak habaq tapi aku tak sanggup nak buat mood dia kelaut.But ada sorang lagi tu si Y, aku tak pernah sekalipun ajaq dia outing.Hanya kat tempat keja ja memang si Y ni akan teman aku sampai aku abeh keja, abeh kuat pun bila time nak antaq duit company saja si Y akan teman aku dan sekali beli sarapan sebelum aku balik umah.Takdak benda yang lebih dari tu macam keluaq pi tengok wayang apa bana semua.

Bab nak jaga hati? Hati sendiri pun tak terjaga tau ka? Punya nak jaga hati orang lain, End up aku ja selalu nanti kena beralah dan diam.Si Y ni bukan dia tak tau hal aku dengan si M, Malah dia hormat keputusan aku but still nak jadi hak aku walaupun yang kedua, masalahnya si M tu mau ka? Itu ja masalah yang aku dok pikiaq.Siang tadi aku ajaq si M outing, Memandangkan aku pulak cuti hari ni.Aku nak cuba jelaskan, berkali² punya nak cuba habaq tapi tak tau nak mula macamana but bila tengok mood dia dok happy macam tu, aku diam saja dan garu kepala.Takkan aku nak spoilkan mood dia dengan benda ni? Seriously man, aku memang risau takut jadi salah paham sebab memang kadang tu kami pernah bertekak.Aku keliru, tak tau apa nak buat but tengok la macamana nanti.Aku harap Allah tolong aku, memang aku rasa bersalah sangat kat dua manusia ni, sungguh!

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama